HomeIsu tempatanJalur Gemilang berkibar di Titik Paling Barat Sabah

Jalur Gemilang berkibar di Titik Paling Barat Sabah

Read Time:1 Minute, 2 Second

Menumbok: Titik Paling Barat (TPB) Sabah iaitu di Tanjung Klias yang berada di kedudukan paling barat atau nilai longitude (timuran) paling kecil di tanah besar negeri ini menjadi antara persinggahan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2023.

Perhentian ke-39 konvoi KMJG itu diketuai Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor selepas berhenti di dua perhentian sebelum itu.

Titik yang terletak di Tanjung Klias daerah Kecil Menumbok itu juga telah diiktiraf selepas Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) menggunakan kaedah kerja dengan cerapan Global Navigation Satellite System dan terabas kawalan yang menunjukkan kawasan pantai di situ merupakan TPB di Sabah.

Di hentian berkenaan, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Limus Jury menyempurnakan gimik penyerahan Jalur Gemilang untuk di kibarkan di TPB Sabah terbabit.

“Sebentar tadi kita mengibarkan Jalur Gemilang di TPB di Sabah iaitu di Tanjung Klias.dan mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan (JaPen) dan juga JUPEM  yang terlibat tadi dalam acara kita dalam mengibarkan Jalur Gemilang di Tanjung Klias,” katanya.

Limus berkata demikian semasa ditemui media selepas merasmikan Pelancaran Konvoi KMJG Negeri Sabah 2023 Peringkat Daerah Kecil Menumbok.

Beliau sempat mengingatkan masyarakat khususnya penjawat awam agar bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sekaligus menjadi contoh kepada generasi yang akan datang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 2,000 masyarakat imarahkan sambutan Maal Hijrah di Tungku

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular