HomeIsu tempatanPensyarah, penuntut UMS hasilkan buku AR Hari Kebangsaan

Pensyarah, penuntut UMS hasilkan buku AR Hari Kebangsaan

Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Sembilan warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menghasilkan Buku Interaktif Digital Augmented Reality (AR) sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Pasukan yang terdiri daripada tujuh pensyarah dan dua pelajar dari Fakulti Komputeran dan Informatik, UMS-Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) itu diketuai oleh pensyarah, Ryan Macdonell Andrias.

Ryan berkata, pasukannya mengambil masa lebih kurang sebulan untuk membangunkan buku dan web aplikasi tersebut yang mengandungi animasi 2D, 3D dan video berkenaan tema dan logo Hari Kebangsaan 2023 dan Malaysia Madani melalui teknologi AR.

Selain itu, projek dengan kerjasama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) itu turut membangunkan buku AR Antanom, Postcard AR Dance dan Virtual Reality (VR) Dance.

Buku dan web aplikasi berkenaan dipamerkan sempena program Pameran Interaktif Digital Budaya AR & VR Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 anjuran LKNS di sini, semalam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular