HomeSukanLiga Super : Kim Swee akui tidak puas hati, pemain bersikap sambil...

Liga Super : Kim Swee akui tidak puas hati, pemain bersikap sambil lewa

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Sekali lagi pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mengulangi rasa tidak puas hati atas sikap sambil lewa yang dipamerkan anak buah pada aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Likas malam tadi.

Pada aksi perlawanan itu, Sabah FC berjaya menewaskan NSFC 3-1 menerusi dua jaringan Ramon Machado pada minit ke-13 dan minit ke -29 serta satu daripada Miguel Cifuentes pada minit ke-46 perlawanan.

Datuk Ong Kim Swee

NSFC dihadiahkan gol tunggal pada minit akhir perlawanan dan disudahkan oleh pemain Hein Htet Aung pada minit ke-90.

Kim Swee berkata, selain bermain sambil lewa, para pemain juga dilihat hilang tumpuan terutama pada separuh masa kedua perlawanan.

“Bagi saya tidak (bermain dengan juang tinggi), kalau juang yang tinggi, kita tidak dibolosi dimana saya tidak berpuas hati apabila kita dibolosi kerana pemain ambil sikap yang sambil lewa.

“Kalau kita ingin bermain ditempat tahap tertinggi seperti Piala AFC dan Piala Malaysia selepas ini dan kita hilang tumpuan sudah pasti kita akan dihukum. 

“Jadi kita tidak boleh berpuas hati atau pun menunjukkan satu sikap sambil lewa apabila mendahului,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Ketika ditanya mengenai perlawanan seterusnya, Kim Swee berkata, pasukannya mempunyai masa dua minggu lagi untuk melakukan persiapan rapi.

“Kita ada dua minggu untuk persiapan dan masa yang panjang dan ini pasti akan memberi saya ruang untuk memperbaiki apa kekurangan kita dan saya harap pemain bercuti dua atau tiga hari dapat kembali dengan lebih fokus,” katanya.

Sabah akan bertemu Kelantan FC di Stadium Mohammad IV pada 29 September ini. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular