HomeIsu tempatanMayat remaja perempuan lemas ditemui

Mayat remaja perempuan lemas ditemui

Read Time:46 Second

KOTA BELUD: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan lemas akibat dibawa arus ketika mandi di sebuah pusat ekopelancongan di Sungai Kadamaian, Kampung Ratau, di sini, pada Isnin, mayatnya ditemui hari ini (Rabu).

Mayat Qiezlle Uyiko berusia 14 tahun itu ditemui oleh pasukan Bomba 5 kilometer dari lokasi kejadian.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga berjaya menemukan mayat mangsa pada jam 10.20 pagi tadi (30 Ogos).

“Mayat mangsa telah di bawa ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.00 tengahari,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan berada di pusat ekopelancongan itu bersama ahli keluarganya datang untuk beriadah di sungai berkenaan pada Isnin.

Menurut saksi, mangsa dilaporkan lemas di bawah jambatan gantung pusat ekopelancongan berkenaan ketika sedang mandi manda bersama keluarganya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular