HomeIsu tempatanMaritim Malaysia berjaya selamatkan empat mangsa bot karam

Maritim Malaysia berjaya selamatkan empat mangsa bot karam

Read Time:1 Minute, 3 Second

Lahad Datu : Seramai empat mangsa bot karam berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 1 tengah hari semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, sebuah bot pam berwarna biru yang dinaiki oleh mangsa karam berdekatan perairan Kampung Puyut Lahad Datu.

“Ketika kejadian, bot terbabit membawa empat penumpang iaitu tiga penumpang wanita bersama seorang kanak-kanak.

“Dipercayai kesemua mangsa tidak memakai jaket keselamatan.  Kejadian terbabit berjaya dikesan oleh Bot Peronda Maritim Malaysia yang berada berhampiran kawasan kejadian.

“Kerja-kerja menyelamat mangsa terus dilaksanakan dan kesemua mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Mohd Rizam berkata, Maritim Malaysia menyeru kesemua rakyat Malaysia untuk mengutamakan pemakaian jaket keselamatan ketika di laut.

Katanya,  jaket keselamatan itu perlu disediakan di tempat-tempat yang berpotensi terjadinya bencana atau insiden yang melibatkan aktiviti air selain memastikan bot yang dinaiki mempunyai jaket keselamatan.

“Zon Maritim Lahad Datu turut memohon kepada orang ramai khususnya komuniti maritim untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat ataupun aduan berkaitan aktiviti yang mencurigakan di laut kepada Zon Maritim Lahad Datu yang beroperasi 24 jam di talian 089-885727 atau di talian MERS 999,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular