HomeUtamaPICK : AiVAC Akan Dilaksanakan Untuk 'Wira Tani' Peladang, Penternak dan Nelayan

PICK : AiVAC Akan Dilaksanakan Untuk ‘Wira Tani’ Peladang, Penternak dan Nelayan

Read Time:1 Minute, 21 Second

PUTRAJAYA : Program Vaksinasi Barisan Hadapan Industri Agromakanan (AiVAC) termasuk untuk golongan peladang, penternak dan nelayan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, golongan itu merupakan ‘wira tani’ yang sentiasa membantu kerajaan bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi.

“AiVAC ini merupakan satu usaha yang dirancang oleh kementerian bagi membantu kerajaan meningkatkan pengambilan vaksinasi dalam kalangan pekerja dan individu-individu yang terlibat dalam sektor agromakanan selaras dengan matlamat kerajaan bagi mempercepatkan vaksinasi dan mencapai imuniti kelompok.

“Selain itu, program ini juga dilaksanakan bagi melindungi kesejahteraan pekerja-pekerja dan seterusnya membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi serta rantaian nilai makanan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan secara maya disini hari ini.

Dr Ronald berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan dengan kerjasama MOSTI dan COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) dalam sedikit masa lagi.

Katanya, program AiVAC ini akan melibatkan semua jabatan dan agensi di bawah MAFI di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah termasuk PPK dan PNK.

“Melalui program ini, MAFI menjangkakan semua ‘frontliner’ sektor agromakanan akan lengkap divaksinasi menjelang November 2021.

“Sebelum ini, MAFI juga telah menyokong dan memudahcara proses vaksinasi melalui syarikat-syarikat dalam sektor agromakanan melalui Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS),” katanya.

Dalam pada itu, Dr Ronald berkata, pada masa yang sama, perkembangan positif kadar vaksinasi harian yang telah dan sedang dilaksanakan kerajaan memberi keyakinan bahawa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat dijayakan bersama.

“Dalam hal ini, saya menyeru supaya seluruh warga Peladang, Penternak dan Nelayan untuk sama-sama menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular