HomeUtama51 Menara Baharu 4G Siap Dibina Dibawah Pelan JENDELA Di Sabah

51 Menara Baharu 4G Siap Dibina Dibawah Pelan JENDELA Di Sabah

Read Time:2 Minute, 20 Second

TUARAN: Sebanyak 51 menara baharu 4G telah siap dibina di Sabah yang merupakan sebahagian daripada pembinaan 534 menara baharu 4G dibawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, selain itu sebanyak 1,850 daripada 3,374 stesen pemancar telah dinaiktaraf serta 60,337 premis telah disediakan dengan infrastuktur jalur lebar talian tetap.

“Inisiatif merapatkan jurang digital bagi penduduk bandar dan luar bandar serta pedalaman terutamanya di Sabah telah dipergiatkan melalui pelaksanaan Pelan JENDELA dengan peruntukan sebanyak RM3.5 billion untuk negeri Sabah sehingga 2022.

“Usaha ini akan dapat meningkatkan taraf hidup dan ekonomi digital serta mempermudahkan urusan atas talian seperti pembelajaran dan perdagangan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek JENDELA di Kampung Rungus Nahaba disini pagi tadi.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekita Sabah Datuk Joniston Bangkuai

Arthur berkata, pelaksanaan menara telekomunikasi di Kampung Rungus Nahaba itu telah siap dan mula beroperasi pada 01 Jun lalu dan ia merupakan antara menara baharu yang terawal dilaksanakan di Sabah.

Katanya, menara telekomunikasi itu juga akan dapat memberi manfaat kepada kira-kira 250 penduduk di kampung berkenaan termasuk guru dan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Rungus Nahaba yang kini boleh menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari rumah melalui jaringan perkhidmatan telekomunikasi 4G yang lebih baik.

“Dengan adanya menara telekomunikasi di Kampung Rungus Nahaba ini juga akan melonjakkan taraf hidup dan memudahkan penduduk setempat untuk melaksanakan pelbagai urusan harian yang memerlukan kemudahan capaian internet.

“Selain itu, kesalinghubungan Internet yang lebih baik juga akan membantu memperbaiki sosio-ekonomi penduduk di kawasan ini melalui pelbagai aktiviti ekonomi yang boleh dilakukan melalui atas talian.

“Selain itu, sebanyak 781 points of presence (PoP) akan disediakan berhampiran kawasan sekolah bagi ketersambungan perkhidmatan jalur lebar,” katanya.

Katanya, penyediaan PoP ini akan membolehkan premis kerajaan, kawasan perumahan dan bangunan komersial yang berdekatan mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar selain dapat menggalakkan lebih banyak aktiviti dalam talian di kawasan luar bandar.

Dalam pada itu, Arthur berkata, PoP juga akan disediakan di kawasan perindustrian di Sabah iaitu kawasan perindustrian Kastam Baru, kawasan perindustrian Keningau, kawasan perindustrian POIC Sandakan, KKIP Kota Kinabalu, Rancha-Rancha Industrial Park, Kiamsam Industrial Park, SEDCO IP Inanam dan POIC Lahad Datu Fasa 1 dan 2.

Katanya, penyediaan points of presence (PoP) yang dilaksanakan di bawah peruntukan kerajaan sedang dalam proses tender secara berperingkat oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Terdahulu, pelan JENDELA ini dihasilkan untuk memenuhi aspirasi nasional perkhidmatan komunikasi sebagai usaha memperluaskan liputan dan mempertingkat kualiti perkhidmatan jalur lebar secara menyeluruh bagi Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Ini termasuk pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi mempersiapkan negara untuk beralih kepada teknologi 5G. Pelaksanaan JENDELA melibatkan komitmen pelaburan secara komersial daripada pihak pemberi perkhidmatan (industri), pembiayaan melalui dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision – USP) di bawah seliaan SKMM serta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya