HomeUtamaIsu Beras: KPDN perkasa penguatkuasaan

Isu Beras: KPDN perkasa penguatkuasaan

Read Time:2 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperkasakan penguatkuasaannya khususnya pemantauan dari aspek perlindungan hak kepenggunaan dan kawalan bekalan barangan.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, menerusi kementerian KPDN, dari segi penguatkuasaan perlu diperkasakan daripada peringkat pengimport, pengilang, pemborong, sehingga ke peruncit.

“Baru-baru ini ada di Semenanjung Malaysia yang kita dapat tangkap dan sedang dalam tindakan selanjutnya apabila harga barangan yang dipamerkan, harga lain tetapi bila diimbas di kaunter harga lain malah meningkat harganya, jadi kita mempunyai pelbagai akta di KPDN dari aspek penguatkuasaan ini antaranya Akta Perlindungan Pengguna dan juga Kawalan Bekalan.

“Bila timbul isu berkenaan contohnya isu beras ini apa yang kita putuskan di KPDN untuk kita membantu di Kementerian Pertanian, kita mewujudkan penguatkuasaan yang lebih perkasa dari segi kekerapannya dan sebabnya daripada Julai sehingga semalam di Sabah ini sahaja 295 pemeriksaan telah dilakukan namun saya tidak berpuashati, saya mahu lebih banyak pemeriksaan secara harian di peringkat awal ini.

“Kita faham kenaikan harga baru diumumkan beras import baru diumumkan, sudah pastinya akan berlaku pelbagai aspek unsur-unsur risiko coding contohnya, akan berlaku stok lama dipamerkan dengan harga baru, risiko itu wujud sebab itu saya telah arahkan KPDN untuk perkasakan penguatkuasaan kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Sabah.

Karnival tersebut berlangsung bermula pada hari ini sehingga 17 September 2023 bertempat di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu.

Armizan turut mengharapkan seluruh masyarakat memberi kerjasama untuk mengemukakan aduan bersama maklumat terperinci yang berkaitan kepada KPDN.

“Tolong bagi maklumat terperinci, di mana aduan itu dan masa, jadi mudah untuk kita lakukan penguatkuasaan. Kalau viral setakat gambar, video tapi tidak ada maklumat mungkin dari gap masa mencari maklumat itu pihak yang melakukan kesalahan itu akan ambil tindakan untuk tutup dan sembunyikan, jadi saya harap kita dapat kerjasama dari masyarakat. Lebih banyak aduan lagi kita suka, kerana inilah fungsi dan tanggungjawab kita dan untuk laksana tanggungjawab kita itu antara terasnya adalah kerjasama dengan masyarakat,” jelasnya.

Menurut Armizan, aduan secara rasmi diperingkat nasional melalui saluran yang sampai di KPDN adalah 142 dan setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat di peringkat Sabah.

“Kita harap kerjasama ini akan berterusan dan kita telah menubuhkan Business Intelligence Unit (BIU) atau Unit Risikan Perniagaan di bahagian penguatkuasaan KPDN bermula 1 September lalu untuk memastikan dengan adanya unit ini bukan hanya kita akan bertindak responsif terhadap aduan yang dilakukan tetapi aspek risikan awal itu dapat kita buat dan kita dapat mengekang sebarang isu kartel yang berlindung dan sebagainya,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah: Keperluan Mewujudkan Lembaga Padi dan Benih Baharu di Sabah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular