HomeIsu tempatanMaritim Malaysia berjaya patahkan cubaan lakukan aktiviti pengeboman ikan

Maritim Malaysia berjaya patahkan cubaan lakukan aktiviti pengeboman ikan

Read Time:1 Minute, 4 Second

Semporna : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan melakukan aktiviti pengeboman ikan di Barat Pulau Omadal, Semporna di sini sekitar jam 8.50 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, dalam operasi yang dilaksanakan, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot yang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan di Barat Pulau Omadal, Semporna.

“Ketika dihampiri untuk pemeriksaan, tekong bot telah bertindak nekad terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan cetek di sekitar Pulau Omadal, Semporna.

“Hasil pemeriksaan di dalam bot mendapati beberapa anak ikan serta botol kaca mengandungi baja yang disyaki digunakan untuk melakukan aktiviti pengeboman ikan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Amir berkata, hasil nilai rampasan dianggarkan sekitar RM5,000 manakala kes itu akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 26 (menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya).

Katanya, berikutan dengan penahanan ini, komuniti maritim diingatkan supaya tidak melakukan aktiviti bom ikan kerana ia salah disisi undang-undang laut negara, memberi kesan negatif kepada ekosistem laut dan boleh membawa maut.

“Zon Maritim Semporna akan terus meningkatkan rondaan serta penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang pelanggaran undang-undang dan jenayah.

“Orang ramai terutamanya komuniti maritim diminta agar menyalurkan maklumat dan aduan kepada Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999,” katanya.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular