HomeIsu tempatanCubaan kali ketiga bawa tuah, bukti Sabah mampu beri saingan

Cubaan kali ketiga bawa tuah, bukti Sabah mampu beri saingan

Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : “Saya mensasarkan untuk buat yang terbaik dan syukur cubaan kali ketiga saya kali ini akhirnya membawa tuah,” kata Abdul Wafi Abdul Amir,16.

Abdul Wafi yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Beaufort berjaya dinobatkan sebagai johan khat kategori lelaki sempena Pertandingan Khat di Majlis Ihtifal Sekolah Menengah Agama Malaysia peringkat Kebangsaan di ibu negara baru-baru ini.

Katanya, kejayaan yang dicapai itu juga telah membuktikan bahawa Sabah juga mampu memberi saingan dengan peserta-peserta dari negeri lain yang menyertai.

“Pertamanya sudah tentu saya gembira sebab dapat buat yang terbaik dari sebelum ini.  Jika kita mahu lebih terbaik, kita perlu tingkatkan lagi usaha dan latihan dengan penuh disiplin.

Abdul Wafi (kanan) dan Puteri Masyitah (kiri)

“Ini kali ketiga saya sertai di peringkat Kebangsaan dimana pada sebelum ini saya sertai bermula tahun 2021 dan Alhamdulilah kali ini tuah menyebelahi saya untuk membawa nama negeri di peringkat Kebangsaan,” katanya.

Beliau ditemui Sabah Media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Ahad lalu dan disambut oleh Pengerusi Persatuan Seni Khat Sabah Zulfikar Aman dan jawatankuasa persatuan itu di sini.

Sementara itu, pemenang naib johan khat kategori perempuan Puteri Masyitah Roslan,18, mengakui meskipun tidak dapat mengekalkan kejuaraan yang disandang pada tahun lalu namun dia tetap bersyukur dengan kemenangan itu.

“Saya mula menyertai pertandingan di peringkat Kebangsaan bermula di Tingkatan dua namun tidak berjaya dan selepas itu di Tingkatan tiga dan empat juga tidak berjaya. 

“Pada tahun lalu, saya berjaya menjuarai pertandingan ini di Kedah dan kali ini hanya menduduki tangga kedua.  Bagaimanapun saya tetap bersyukur dengan kemenangan yang dicapai ini,” katanya.

Terdahulu, Zulfikar berkata,  kejayaan yang dicapai oleh Abdul Wafi dan Puteri Masyitah merupakan satu pencapaian yang baik untuk persatuan itu dan Sabah khususnya.

“Mudah-mudahan selepas ini ianya akan jadi satu momentum untuk kami melatih lagi anak-anak Sabah terutama dalam dunia khat dan pemangkin untuk kami dalam menyebarkan seni khat warisan Islam ke seluruh Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular