HomeIsu tempatanKek 'Bee Gees' curi tumpuan Tun Juhar

Kek ‘Bee Gees’ curi tumpuan Tun Juhar

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Kek berinspirasikan kumpulan penyanyi barat terkenal, Bee Gees berjaya mencuri tumpuan pada majlis mempersembahkan kek sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Mengambil inspirasi kumpulan penyanyi yang diminati Tun Juhar, kek itu merupakan antara 17 kek yang dipersembahkan pada majlis itu.

Sumber idea Ketua Chef Pastri dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Chef Jackson Watis bersama-sama dengan dua orang pembantunya, Chef Lopez Singkit dan Chef Marshel David ini mengambil konsep di studio rakaman berlatarbelakangkan lagu ‘To Love Somebody’ yang dirakamkan pada tahun 1967.

Tun Juhar dalam ucapannya menzahirkan penghargaan dan rasa terharu atas penyerahan kek yang diberikan dan sempat berseloroh melihat kek yang dipersembahkan semua menepati dengan aktiviti seharian beliau.

Tidak ketinggalan untuk mempersembahkan kek ialah pasukan keselamatan iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah, Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Pangkalan Tentera Laut Diraja.

Hadir bersama bagi menyaksikan sendiri kek yang dipersembahkan ialah Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Turut terlibat dalam persembahan kek ialah Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Ming Garden Hotel & Residences, Dreamtel Kota Kinabalu,Promenade Hotel,Sutera Harbour Resort,Hyatt Regency Hotel, The Klagan Group of Hotels,Horizon Hotel,Hilton Hotel, The Palace Hotel Kota Kinabalu,Shangri La Tanjung Aru, Le Meridien Kota Kinabalu dan North Borneo University College.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular