HomeIsu tempatanPeta Sabah dibina atas kayu mula dipamer di Balai Seni Lukis Sabah

Peta Sabah dibina atas kayu mula dipamer di Balai Seni Lukis Sabah

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Balai Seni Lukis Sabah (BSLS) dengan kerjasama komuniti artisan tempatan berjaya menghasilkan peta Sabah terbesar yang dibina di atas kayu dengan menggunakan teknik laser engraving.

Peta bersaiz 144 kaki persegi itu merupakan projek seni visual pertama yang dianjurkan bersempena dengan perayaan Hari Malaysia seterusnya mempromosikan motif etnik Sabah kepada para pengunjung dalam dan luar negara.

BSLS dalam kenyataan memaklumkan, projek ini juga merupakan salah satu Instalasi Peringatan ‘commemorative’ 60 tahun penubuhan Malaysia mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.

Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk mempromosikan budaya dan warisan negeri Sabah di samping mencapai pencapaian yang luar biasa dalam seni pembuatan perabot dan seni ukiran.

Antara yang terlibat dalam projek ini ialah para usahawan seni, Brutti & Besi (Benua Brutti Sdn Bhd), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, SCENIC serta komunití seni dan kraf di serata daerah.

Peta Sabah yang berupa arca dinding ini akan dipamerkan di Balai Seni Lukis Sabah agar boleh dilihat dan dihargai oleh orang ramai yang berkunjung ke galeri.

Peta ini juga sudah mula dipamerkan kepada orang ramai bermula 17 September yang lalu.

Terdahulu, BSLS merupakan organisasi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), memainkan peranan sebagai organisasi yang menggalakan pembangunan seni visual bagi melahirkan masyarakat yang kreatif dan peka terhadap seni budaya tempatan.

BSLS juga menyimpan dan mengumpul khazanah seni tempatan bagi manfaat masyarakat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular