HomeUtamaPICK : Pemimpin Setempat Perlu Pastikan Penduduk Hadir Janji Temu Vaksinasi Elak...

PICK : Pemimpin Setempat Perlu Pastikan Penduduk Hadir Janji Temu Vaksinasi Elak Berlaku Keciciran

Read Time:1 Minute, 13 Second

BEAUFORT : Pemimpin setempat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias perlu memastikan penduduk yang layak divaksinasi hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mengikuti janji temu yang diberikan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih berkata, ia bagi memastikan tiada sebarang keciciran berlaku dalam proses pemberian vaksin dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Usaha berterusan semua pihak bagi menjayakan PICK di daerah ini telah berjaya meletakkan Beaufort sebagai antara lima daerah terbaik dalam senarai pemberian vaksin menerusi PICK di negeri ini.

“Pada hari ini, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bersama agensi lain datang ke sini bagi memastikan penduduk yang sukar untuk datang ke PPV berhampiran diberikan vaksin menerusi program jangkauan luar ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata demikian ketika ditemui dalam program jangkauan luar CITF daerah Beaufort di Dewan Sekolah Kebangsaan Biau Batu 65 disini kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin.

Sementara itu, Lajim berkata, kesedaran penduduk terdapat pentingnya menerima vaksin di dalam daerah ini antara punca kejayaan PICK di daerah tersebut.

“Kesedaran rakyat semakin tinggi walaupun diperingkat awal sambutan agak dingin tapi apabila informasi mereka terima daripada anak mereka bahawa vaksin adalah satu keutamaan yang perlu diambil untuk menjaga diri kita dari segi kesihatan,” katanya.

Dalam program ini seramai 346 penduduk sekitar kampug Biau Batu 65 menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer dos pertama manakala suntikan dos kedua akan diberi pada 28 Ogos depan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan laksana pelbagai inisiatif bagi meningkatkan SSL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya