Analisa :- Jumlah Penerima Vaksin Di Sabah Terus Melonjak Di Minggu Pertama Ogos 2021

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU — Sejumlah 309,915 dos vaksin berjaya diberikan kepada penduduk  Sabah melalui program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sepanjang minggu ini.

Melalui data yang dikongsikan secara harian oleh  jurucakap rasmi kerajaan Sabah berkenaan COVID-19,  Datuk Masidi Manjun menyaksikan sejumlah 253,249 ribu dos pertama vaksin berjaya diberikan manakala bagi dos kedua pula ialah 56,666 ribu  dos.

Jadual kumulatif vaksin sabah Minggu 1 ogos 2021

Jumlah tertinggi pemberian dos pemberian secara harian ialah diberikan pada 31 Julai lalu iaitu 48,300, ( dos pertama 44,639, dos kedua – 3661) manakala terendah ialah pada 1 haribulan iaitu 34,532 ( dos pertama 29,422, dos kedua 5110).

Dan secara puratanya untuk minggu pertama ogos ini, sebanyak 44,273 ribu dos vaksin berjaya disuntik kepada penduduk di Sabah.

Data-data yang dikongsikan turut menunjukkan sehingga kini sudah hampir 40% penduduk di Sabah menerima sekurang-kurangnya dos pertama suntikan vaksin, manakala lebih 15 % pula sudahpun melengkapkan suntikan 2 dos mereka.

Berdasarkan data dikeluarkan JKNS sebelum ini , jumlah suntikan untuk 10 hari iaitu 21 hingga 31 Julai 2021 menunjukkan angka vaksinasi antara 27,994 hingga 43,800 dos suntikan.

Data pemberian vaksin 1-14 julai 2021
Data Pemberian Vaksin 15-31 Julai

Berbanding 18 hingga 20 Julai hanya sekitar 7,000 hingga 20,000 suntikan sahaja.

Lebih membanggakan apabila Sabah merekodkan suntikan vaksin yang tinggi pada 31 Julai lalu iaitu 43,800 suntikan.

SASARAN 60 PERATUS VAKSINASI

Kerajaan Sabah menetapkan Sasaran 60 peratus populasi di negeri ini mendapat suntikan lengkap vaksin COVID-19  menjelang 21 September depan.

Bagaimanapun kemampuan itu bergantung kepada bekalan vaksin yang tersedia dan tiada gangguan jadual penghantaran vaksin ke Sabah.

“Atas andaian bekalan vaksin yang mencukupi terjamin, mengikut perancangan, JKNS boleh mengekalkan momentum melaksanakan pemberian vaksin dengan kadar yang cepat seperti sekarang,kata Datuk Masidi Manjun lagi.

Sementara itu Malaysia yang dijangka akan menerima bekalan vaksin dos tunggal CanSino dari China sebanyak 400,000 dos vaksin pastinya akan mempercepatkan lagi jumlah pemberian vaksin di Sabah.

Difahamkan bekalan vaksin itu akan tiba di negara ini pada 15 Ogos depan menerusi penerbangan komersial AirAsia dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini turut  memberi jaminan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bahawa Sabah akan diutamakan dalam penghantaran vaksin dos tunggal ini

Semalam kami juga turut melaporkan Cabang Pelaburan Strategik kerajaan Sabah, Qhazanah Sabah Group, telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 250,000 dos vaksin Sinovac CoronaVac.

Pengerusi Qhazanah Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, syarikat itu dipilih oleh kerajaan negeri menjadi badan yang membantu untuk memastikan pemberian vaksin yang mencukupi dan pantas di Sabah.

“Oleh kerana tugas kita untuk membantu kerajaan, Kumpulan Qhazanah, melalui anak syarikat milik penuh WH Medicare, telah komited untuk mendapatkan vaksin Sinovac CoronaVac dari Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd, ”kata Salleh dalam satu kenyataan

Diharapkan dengan ketibaan vaksin, serta tambahan vaksin yang dibeli oleh Kerajaan negeri melalui Qhazanah Sabah Group dapat meningkatkan lagi kadar penerimaan vaksin penduduk di Sabah dan sekaligus sasaran untuk mencapai kadar herd imuunity dapat dicapai dengan lebih pantas

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *