HomeIsu tempatanSumbangan alumni sentiasa dialu-alukan dalam pembangunan universiti

Sumbangan alumni sentiasa dialu-alukan dalam pembangunan universiti

Read Time:1 Minute, 33 Second

Labuan : Sumbangan daripada para alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa dialu-alukan khususnya dalam pembangunan universiti berkenaan.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, sumbangan boleh dihulurkan melalui pelbagai mekanisme seperti idea, tenaga, kepakaran mahupun kewangan ke arah memperkasakan kerjasama antara alumni dan UMS.

“Segala kemahiran, pengalaman dan perkongsian ilmu yang diperoleh oleh para alumni selepas bergraduat harus dikongsi bersama warga kampus.

“Pendapat saya, bukan nilai pada sumbangan yang diberikan kepada universiti, sebaliknya bagaimana bentuk sumbangan itu mampu membawa perubahan kepada pembangunan universiti dan juga kebaikan kepada masyarakat setempat,” katanya ketika berucap pada program Sunset Gathering Alumni UMS, baru-baru ini.

Tambah Kasim para alumni merupakan aset yang amat berharga dan penting kepada sesebuah universiti.

“Hubungan di antara universiti dan alumni perlu diperkukuhkan kerana peranan alumni amat signifikan dalam membantu mengangkat martabat universiti khususnya dalam pengumpulan dana bagi membiayai pembangunan infrastruktur dan kemudahan di universiti.

“Saya amat berharap agar pada masa-masa akan datang, program seumpama ini akan dapat diperluaskan lagi dengan penganjuran pelbagai program yang melibatkan zon dan chapter lain di seluruh negara,” katanya.  

Kira-kira 180 alumni dan kakitangan UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) hadir ke program tersebut yang berlangsung di Desa Tunas Hijau (Desaland) Recreation Village, Labuan.

Terdahulu Pengarah Pusat Alumni UMS, Dr. Arif@Kamisan Pusiran berkata program itu antara lain bertujuan memperkukuhkan hubungan dengan alumni-alumni UMS khususnya yang berada dan berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di samping itu juga, program yang diadakan ini turut memberi peluang pada alumni yang hadir berkongsi pengalaman dan mewujudkan hubungan silaturahim sesama alumni.

“Program ini penting sebagai medan perbincangan antara alumni dan pihak pentadbiran universiti bagi membuka peluang kerjasama yang luas dalam usaha  menambah baik agenda pembangunan universiti,” katanya.

Program tersebut turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr. Raman Noordin serta pegawai-pegawai utama dan kanan UMS.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular