HomeUtamaCOVID-19: Masyarakat dirayu patuhi SOP, JKNS perhebat pemberian vaksin

COVID-19: Masyarakat dirayu patuhi SOP, JKNS perhebat pemberian vaksin

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Masyarakat khususnya di negeri Sabah ini dirayu sekali lagi betapa perlunya mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, kenyataan ini terbukti di mana penyumbang kes harian yang tinggi adalah melibatkan Kontak Rapat dan ini adalah satu petunjuk bahawa ada di antara kita yang masih lalai dalam pematuhan SOP.

“Ia juga satu peringatan agar kita mengurangkan aktiviti-aktiviti sosial bersama rakan-rakan agar kita tidak terdedah kepada risiko jangkitan virus COVID-19. Ada pembawa virus COVID-19 yang tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Bagaimanapun katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan agensi-agensi berkaitan sedang berusaha untuk memberi vaksin kepada rakyat dalam kadar yang cepat.

Menurut Masidi, sehingga semalam 9 Ogos 2021sebanyak 1,126,645 dos pertama telah pun diberi (administer) dan ini bermakna 40.8% penduduk dewasa negeri Sabah telah pun disuntik sekurang-kurangnya dos pertama vaksin.

Manakala mereka yang telah melengkapkan suntikan 2 dos masih rendah, iaitu cuma 17.6% atau 485,880 dos daripada jumlah penduduk dewasa Sabah.

Dalam pada itu, usaha terus dibuat oleh Kerajaan untuk menambah kapasiti penyuntikan JKNS sambil memastikan bekalan vaksin yang cukup sentiasa ada.

“Dalam keadaan di mana virus COVID-19 telah pun berada di tengah-tengah masyarakat, kita sedang berlumba mengejar masa untuk memberi vaksin kepada setiap orang yang layak untuk disuntik dengan kadar segera.

“Ini bermakna kes-kes baharu akan terus berada dalam angka yang tinggi sehingga lebih ramai penduduk memperolehi vaksin. Kes hanya akan mula menurun apabila kita berjaya memberi suntikan vaksin kepada penduduk pada satu tahap peratusan yang signifikan.

“Oleh yang demikian, rakyat boleh memainkan peranan penting untuk mengawal merebaknya jangkitan virus ini dengan mengamalkan disiplin dan penjagaan kesihatan diri yang tinggi dengan mematuhi semua SOP,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular