HomeSukanSabah juara sulung Liga Wanita Nasional

Sabah juara sulung Liga Wanita Nasional

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Sabah berjaya muncul juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 buat julung kalinya meskipun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Malaysia University Football Team (MUFT) pada aksi di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam semalam.

Sabah berkongsi 13 mata dengan Kelana United FC di kelompok kedua teratas liga namun dinobatkan sebagai juara selepas memiliki kelebihan jaringan berbanding Kelana United FC.

Gol Sabah dijaringkan Siti Nur Sasha Ain Abidinsha pada minit ke-87 manakala gol MUFT dijaringkan Nur Fazira Muhammad pada minit ke-84.

Kedua-dua pasukan sebelum itu menamatkan separuh masa pertama tanpa jaringan walaupun masing-masing giat melancarkan serangan ke kubu lawan dan hanya memperoleh gol pada separuh masa kedua.

Hadiah disampaikan Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM Dato’ Suraya Yaacob dan Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah.

Sementara itu, pengendali Sabah, Justin Ganai bersyukur dengan kemenangan dan gembira anak buahnya berjaya melaksanakan strategi permainan dengan baik.

Katanya, para pemainnya bukan sahaja menggunakan taktik bertahan malah melancarkan serangan demi mencari gol sekali gus menambah mata kemenangan.

Pemain Sabah, Usliza Usman dan Asma Junaidi masing-masing dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penjaga gol terbaik LWN 2023. – SABAH MEDIA/ FOTO FAM

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular