HomeSukanTABS hulur sumbangan kepada Muhammad Aizat

TABS hulur sumbangan kepada Muhammad Aizat

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu: Tunas Asas Bola Sepak Sabah (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya semalam menyalurkan sumbangan kepada keluarga bapa pemain, Allahyarham Ahmad Panji yang meninggal dunia, baru-baru ini.

Sumbangan itu diserahkan Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim kepada anak Allahyarham, Muhammad Aizat Ahmad yang juga salah seorang pemain TABS SAFA Bandaraya A yang bertanding dalam Liga Suparimau sessi C.

Turut hadir ialah Ketua jurulatih TABS, Matasan Ahmad, penolongnya, Roslan Wasli, jurulatih pasukan, Rosly Jamal dan jurulatih Yazid Rashid.

Lokman yang mewakili pengurusan TABS SAFA Bandaraya turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian arwah.

Sementara itu, TABS Tigers semakin menghampiri kejuaraan kategori B16 Liga Suparimau sesi C selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Rhinos FC dalam perlawanan liga itu semalam.

Mereka masih mempunyai dua lagi baki perlawanan iaitu menentang pasukan MUFC dan TABS Safa Bandaraya A selepas ini.

Pasukan TABS Safa Bandaraya A turut memenangi perlawanan dengan MUFC 2-0 petang semalam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular