HomeUtamaSabah catat RM9 bilion pelaburan enam bulan pertama tahun ini

Sabah catat RM9 bilion pelaburan enam bulan pertama tahun ini

Read Time:1 Minute, 54 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri telah berjaya membawa ramai pelabur asing ke Sabah bagi membuka perniagaan pembuatan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia termasuklah loji kerajang tembaga oleh SK Nexilis dan loji kaca solar, Kibing yang amat memerlukan pekerja berkemahiran.

Katanya, Sabah telah mencatat jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM9 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding hanya sebanyak RM6 bilion dalam tahun 2021 dan RM11.5 bilion bagi tahun lalu.

“Hanya dalam tempoh enam bulan tahun ini, Sabah telah mencapai 79 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan bagi tahun 2022. 

“Ini menjadikan Sabah negeri kelima di Malaysia yang mencatatkan rekod pelaburan yang tertinggi dari Januari hingga Jun 2023. Ini juga menunjukkan Sabah kini berada di landasan pembangunan yang betul berikutan mempunyai situasi politik yang stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan BIZRIDER Mobile Mechanic Programme dan Sijil Kolaborasi diantara Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu di sini hari ini.

Hajiji berkata, bagi memastikan Sabah terus berdaya saing seiring dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia, Kerajaan Negeri akan melabur dalam pengetahuan, kemahiran, dan keupayaan rakyat untuk kejayaan dan kemakmuran masa hadapan.

“Sebab itu pada awal bulan ini, saya telah mengetuai misi perdagangan di luar negara iaitu ke China dan Hong Kong untuk mempromosikan peluang perniagaan dan pelaburan di Sabah kepada pelabur dari China dan Hong Kong.

“Kerajaan negeri juga telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd untuk mempercepatkan inisiatif transformasi digital negeri ini. 

“Justeru, kita semua harus bersedia kerana sudah pasti semua ini akan membawa lebih banyak pelabur untuk datang, yang bermakna semakin banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak di negeri ini,” katanya.

Menyentuh Program Koridor Pembangunan Sabah (SDC)-Sabah Talent Enhancement Programme (SSTEP) dan Program #BIZRIDER300, Hajiji berkata, seramai 3,116 peserta telah dilatih melalui 280 program yang dijalankan melibatkan latihan ‘reskilling’ dan ‘upskilling’, padanan pekerjaan serta peluang keusahawanan.

Katanya, Program #BIZRIDER300 yang dilancarkannya pada 14 Julai 2022, seramai 100 belia telah. menerima bantuan motosikal dan padanan pekerjaan sebagai rakan penghantar makanan melalui kerjasama dengan syarikat penghantaran makanan terbesar di Malaysia. 

Sebanyak 15 buah motosikal akan diserahkan kepada para- alumni Politeknik dan Kolej Komuniti yang aka beroperasi sebagai mekanik bergerak. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular