HomeUtamaDUN Sabah : JKR laksana pemantauan secara berkala jalan raya di Sabah

DUN Sabah : JKR laksana pemantauan secara berkala jalan raya di Sabah

Read Time:2 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Pemantauan jalan raya secara berkala di negeri ini di bawah skop penyenggaraan rutin telah dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bersama syarikat konsesi atau kontraktor penyenggaraan (bagi jalan luar bandar) yang dilantik.

Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia adalah bagi memastikan keadaan jalan selamat dilalui dan mengemukakan laporan segera sekiranya terdapat kerosakan yang memerlukan pembaikan.

Katana, JKR melakukan pemantauan jalan raya dari semasa ke semasa dan melakukan penyelenggaraan melalui tiga kategori nilai kerja.

“Antara tiga kategori nilai kerja ialah Routine Maintenance, Periodic Maintenance dan Emergency Maintenance. Pemantauan yang dilakukan termasuklah melakukan rondaan berkala dan pemeriksaan rutin oleh syarikat konsesi serta melalui aduan orang awam.

“Bagi prosedur Routine Maintenance yang dibuat oleh syarikat konsesi, jalan raya yang didapati rosak seperti crack/pothole, perlu disenggara secepat mungkin (24 jam untuk Jalan Protokol dan tiga hari untuk Jalan Bukan Protokol),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Poom Ming Fung @ Frankie (Tanjung Papat) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, Jalan Protokol adalah merujuk pada jalan-jalan utama di kawasan bandar dan jarak terkumpul berjumlah 80 kilometer dan Jalan Bukan Protokol adalah berjumlah 4,731 km di sekitar kawasan bandar dan 560 km jalan berturap di kawasan luar bandar.

“Manakala, penyelenggaraan secara Periodic maintenance dilaksanakan mengikut keperluan bagi mengelakkan kerosakkan yang lebih besar berpunca dari tindakan lalu lintas dan cuaca seperti resurfacing, mengecat garis jalan, menggred dan menabur semula batu bahu jalan.

Emergency  Maintenance pula diperlukan  untuk menyelesaikan masalah-masalah yang menimpa jalan yang terjadi di luar bidang rancangan (luar jangka) penyenggaraan seperti tanah tebing runtuh, pokok tumbang, kerosakan jalan/jambatan disebabkan oleh banjir dan sebagainya,” katanya.

Shahelmey berkata, Kementerian menyedari bahawa walaupun pemantauan dilakukan, isu kerosakan jalan yang tidak diselenggara dengan teratur masih berlaku, dan Kementerian ini dari semasa ke semasa sentiasa berusaha mendapatkan dana agar kerja pembaikan yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual.

“Dari segi jadual pemantauan, syarikat-syarikat konsesi dan kontraktor penyenggaraan di bawah seliaan JKR Sabah melaksanakan pemeriksaan rutin setiap minggu bagi setiap jalan di bawah senggaraan syarikat masing-masing.

“Bagi jalan-jalan dikategorikan sebagai Jalan Protokol, pemeriksaan rutin adalah sebanyak dua kali seminggu, “ katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey berkata, pejabat-pejabat JKR Bahagian dan Daerah juga akan melakukan pemantauan setiap bulan untuk memastikan pelaksanaan kerja penyenggaraan mematuhi jadual, standard dan spesifikasi penyenggaraan.

Katanya, laporan ketidakpatuhan (Non Conformance Report, NCR) akan diberikan kepada syarikat konsesi / kontraktor penyelenggaraan sekiranya kerja penyenggaraan didapati tidak mematuhi jadual, standard dan spesifikasi penyenggaraan yang sepatutnya.

“Sehingga 30 Oktober 2023 sebanyak 2230 NCR telah diberikan kepada syarikat konsesi / kontraktor penyelenggaraan untuk tindakan pembetulan / penyelenggaraan semula,”  katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular