HomeUtamaForum '40% hak kita, wang kita' perkasa kesedaran hak Sabah

Forum ‘40% hak kita, wang kita’ perkasa kesedaran hak Sabah

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput dan dipelawa untuk menghadiri forum awam bertajuk ‘40% Hak Kita, Wang Kita’ yang akan berlangsung Sabtu ini, di Hall 2, Hotel Platinum Lintas, di sini.

Forum pertama yang bermula seawal jam 10 pagi itu adalah mengangkat tema “Memahami 40%: Hak, Sejarah & Mekanisme” dengan matlamat memberi pendedahan menyeluruh kepada masyarakat mengenai tuntutan 40 peratus hasil Sabah, termasuk latar belakang sejarah serta mekanisme pelaksanaannya.

Program ini akan dikendalikan oleh bekas Menteri Luar, Tan Sri Anifah Aman, selaku moderator. Barisan panelis pula terdiri daripada Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Jeffrey Kitingan, Profesor James Chin yang akan menyertai secara dalam talian, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Roger Chin.

Perbincangan dijangka menyentuh pelbagai aspek penting termasuk kerangka perlembagaan, sejarah pembentukan Malaysia, serta cabaran dan hala tuju pelaksanaan tuntutan tersebut.

Selain penyertaan secara fizikal, forum ini turut disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube dan Facebook Live bagi membolehkan capaian lebih meluas kepada rakyat Sabah dan seluruh negara.

Penganjuran forum ini dilihat sebagai inisiatif penting dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap isu hak negeri, di samping membuka ruang dialog yang lebih konstruktif antara pelbagai pihak berkepentingan.

Kemasukan adalah percuma, namun tempat adalah terhad.

Orang ramai yang berminat disaran mendaftar awal bagi memastikan penyertaan dalam forum yang dijangka memberi manfaat serta pemahaman lebih mendalam mengenai isu utama negeri Sabah ini

RELATED ARTICLES
Utama

Yang di-Pertuan Agong berkenan kurnia sumbangan bantu mangsa kebakaran di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular