HomeSukanSAGA X : Empat daerah raih emas sulung acara 'e-sport'

SAGA X : Empat daerah raih emas sulung acara ‘e-sport’

Read Time:1 Minute, 56 Second

Kota Kinabalu : Acara e-sport yang julung kali dipertandingkan pada temasya Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 menyaksikan pasukan Tenom, Kota Kinabalu, Keningau dan Tawau masing-masing berjaya meraih pingat emas.

Pingat emas pasukan Tenom diraih menerusi acara e-sport Mobile Legend Bang Bang (MLBB) kategori lelaki selepas menewaskan pasukan dari Kota Kinabalu.

Manakala kategori wanita menyaksikan kontinjen Kota Kinabalu muncul juara selepas menewaskan Penampang pada pusingan akhir pertandingan yang diadakan di Dewan Sa’adah Wisma MUIS, di sini hari ini.

Pasukan Tenom muncul juara acara MLBB Kategori Lelaki. – FOTO JAPEN

Ketua Jurulatih Pasukan Tenom, Johari Liew meluahkan rasa gembira atas kemenangan sulung pasukannya dalam acara e-sport yang julung kali diadakan dalam temasya SAGA X 2023.

“Meski berjauhan dengan pasukan saya memandangkan mereka berada di Tenom manakala saya bekerja di Kota Kinabalu, namun latihan yang konsisten mampu membawa kejayaan seperti pada hari ini.

Pasukan Kota Kinabalu merangkul pingat emas acara MLBB Kategori Wanita. – FOTO JAPEN

“Sasaran kami seterusnya adalah untuk menjadi sebahagian daripada kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun hadapan,” katanya ketika di temui.

Sementara itu, atlet Keningau, Hedge Newman memperoleh pingat emas sulung e-sport bagi acara e-football selepas berjaya menewaskan Muhammad Haikal Ajla Mohd Shahrizal dari Ranau dan atlet Kalabakan, Muhammad Yusriansyah Yusof meraih pingat gangsa.

Acara Tekken 7 pula menyaksikan Mohd Nurwansyah Erwan dari Tawau merangkul pingat emas manakala pingat perak dan gangsa masing-masing disandang oleh atlet Kalabakan, Zulfiqri Amarullah dan Putatan, Mohd Azim Maspul Rais.

Pada SAGA 2019 yang diadakan di Keningau, acara e-sport hanya dilaksanakan secara ‘demo’.

Sementara itu, dalam acara olahraga yang berlangsung di Kompleks Sukan Tuaran petang tadi menyaksikan dua rekod baharu kejohanan diperbaharui menerusi acara 4×400 meter dan lompat kijang.

Kuartet Sandakan berjaya memperbaharui rekod kejohanan menerusi acara 4×400 meter yang diwakili Dexter Palmin ; Muhammad Fahami Samsudin; Mukhriz Ameer Izzuddin Abdul Rauf dan Pengiran Aidil Auf Hajam @ Pg.Roslie.

Kuartet Sandakan berjaya memecahkan rekod kejohanan acara 4×400 meter – FOTO JAPEN

Kuartet itu berjaya mencatat masa 3;25.92s seterusnya memecahkan rekod yang dicipta kuartet Keningau pada SAGA 2011 dengan catatan masa 3;26.03s.

Satu lagi rekod yang berjaya dicipta adalah menerusi lompat kijang yang diperbaharui oleh Abby Allysca Lausin dari Kudat dengan lompatan sejauh 11.72m seterusnya memecahkan rekod yang dicipta atlet Ranau, Jatifah Gesikin pada SAGA 2015 dengan lompatan sejauh 11.31m.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular