HomeSukanLima aksi FIFA ASEAN Cup 2026 disiarkan secara langsung menerusi RTM

Lima aksi FIFA ASEAN Cup 2026 disiarkan secara langsung menerusi RTM

Read Time:57 Second

KUALA LUMPUR: Peminat bola sepak tempatan berpeluang mengikuti aksi skuad kebangsaan dalam FIFA ASEAN Cup 2026 apabila lima perlawanan terpilih kejohanan berkenaan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Siaran itu merangkumi tiga perlawanan peringkat Kumpulan A yang membabitkan pasukan Malaysia, selain aksi penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir.

Kesemua perlawanan terpilih itu boleh disaksikan menerusi Saluran Sukan RTM bermula 25 September.

Penyiaran kejohanan berkenaan direalisasikan menerusi kerjasama strategik antara RTM selaku penyiar rasmi dengan YTL Corporation Berhad yang bertindak sebagai penaja utama siaran.

Kerjasama itu membolehkan akses lebih luas diberikan kepada rakyat untuk mengikuti antara kejohanan bola sepak utama di rantau ASEAN, khususnya aksi membabitkan skuad kebangsaan.

Penglibatan sektor korporat menerusi sokongan terhadap penyiaran kejohanan itu turut memberi manfaat kepada peminat sukan tempatan dengan menyediakan akses kepada kandungan bola sepak di peringkat serantau.

Kerjasama antara penyiar nasional dan sektor swasta berkenaan juga memperlihatkan peranan kedua-dua pihak dalam memperluas akses masyarakat terhadap siaran acara sukan berprofil tinggi.

Bagi RTM, penyiaran kejohanan itu selari dengan peranannya menyediakan kandungan sukan yang relevan dan berkualiti untuk dinikmati masyarakat, selain memastikan peminat tempatan berpeluang mengikuti aksi penting yang membabitkan pasukan negara.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejayaan MSSM bukti bakat Sabah mampu bersaing – Abidin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular