HomeSukanSAGA X : Kota Kinabalu pertahan kejuaraan SAGA

SAGA X : Kota Kinabalu pertahan kejuaraan SAGA

Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Kontinjen Kota Kinabalu kekal sebagai juara keseluruhan Sukan Sabah (SAGA) ke-10 meskipun berbaki empat lagi pingat emas yang akan dipertandingkan pada hari ini.

Tuan rumah SAGA itu berjaya mengutip 32 pingat emas; 25 pingat perak dan 30 pingat gangsa menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 87 pingat direkodkan sehingga jam 9.30 malam semalam.

Jumlah itu jauh meninggalkan kontinjen Keningau yang berada ditangga kedua apabila berjaya mengutip 17 pingat emas; 15 perak dan 25 gangsa menjadi jumlah keseluruhan sebanyak 57 pingat.

Mengejar rapat Keningau adalah kontinjen Sandakan yang berada ditangga ketiga dengan mengutip 15 pingat emas; 10 perak dan 21 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 46 pingat.

Hari ini sebanyak empat pingat emas; empat perak dan dua gangsa ditawarkan pada hari terakhir temasya bagi edisi kali ini.

Antara acara yang akan berlangsung adalah perlawanan akhir bagi acara bola sepak kategori lelaki dan wanita yang berlangsung secara serentak bermula jam 3.15 petang.

Bagi kategori lelaki, perlawanan akan menemukan pasukan Telupid dan Tenom yang akan diadakan di Stadium Likas.

Manakala bagi kategori wanita, perlawanan akhir menemukan antara Tenom dan Ranau akan berlangsung di Padang SAFA.

Satu lagi acara yang akan berlangung hari ini adalah bagi acara Hoki masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita termasuk perebutan bagi tempat ketiga dan keempat.

Perlawanan akhir lelaki dan wanita bagi acara itu akan berlangsung di Stadium Hoki masing-masing bermula jam 3 petang dan 4.30 petang.

Bagi perebutan tempat ketiga dan keempat ia bakal menemukan Keningau dan Beaufort bagi kategori wanita. Manakala bagi kategori lelaki akan menemukan Tawau dan Kota Kinabalu pada jam 4.30 petang.

Perlawanan hoki bagi kategori wanita akan menemukan pasukan Kudat dan Putatan pada jam 3 petang dan kategori lelaki antara Kota Belud dan Keningau pada jam 4.30 petang.

Pada sebelah malam, perasmian penutupan SAGA ke-10 akan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) seawal jam 7 malam.

Malam ini juga akan turut dinobatkan olahragawan dan olahragawati SAGA edisi ke-10. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular