HomePolitikTiada kemelut politik di Sabah - Ahmad Zahid

Tiada kemelut politik di Sabah – Ahmad Zahid

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Belud : Timbalan Perdana Menteri 1 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan kononnya terdapat kemelut politik di negeri ini berikutan lawatan kerjanya ke Sabah bermula semalam.

Katanya, lawatannya ke Sabah adalah bagi menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian sempena Rumah Terbuka Krismas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

“Malam tadi kami telah mengadakan perjumpaan dengan semua ketua-ketua UMNO Bahagian di Sabah dan juga ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kami. Saya ingin menolak bahawa terdapat kemelut politik di Sabah.

“Keberadaan saya di Sabah adalah untuk hadir ke majlis pada hari ini, bukan kerana wujudnya kemelut politik di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian sempena Rumah Terbuka Krismas di Dewan Terbuka Kadamaian Square Taginambur di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe.

Bagaimanapun Ahmad Zahid berkata, perjumpaan beliau bersama semua kepimpinan parti khususnya UMNO di Sabah adalah bagi mengemaskini beberapa kerja-kerja politik khususnya dalam penyusunan struktur jentera selepas selesainya Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

“Maka kita jangkakan negeri pertama yang akan mengadakan PRN adalah Sabah.Walaupun kita tahun PRN akan diadakan selewat-lewatnya pada akhir tahun depan tetapi tidak salah kalau kita lakukan tindakan siapsiaga dari sekarang.

“Jangan mana-mana pihak ada membuat analisis atau membuat spekulasi bahawa sesuatu sedang berlaku dari segi politik di negeri Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pihaknya mempunyai pendirian bahawa politik ini sangat prakmatik dan jalinan kerjasama boleh dilakukan dengan mana-mana parti politik.

Katanya, apa yang lebih penting adalah kerajaan yang ditubuhkan itu mesti mendapat sokongan dari rakyat secara majoriti.

“Dan tentunya kepentingan yang utama ialah utnuk mengukuhkan Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional dan peringkat negeri semangat itu juga harus ada,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular