HomeUtamaAIS Serah Sumbangan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan di PPV Dewan Mini...

AIS Serah Sumbangan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan di PPV Dewan Mini Putrajaya.

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri melalui Agensi Agama Islam Sabah (AIS) menyalurkan sumbangan berupa makanan tengah hari kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Mini Putrajaya hari ini.

Sumbangan yang disampaikan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif itu merupakan salah satu pengisian program Maal Hijrah negeri Sabah.

Mohd Arifin berkata, penyerahan sumbangan itu adalah sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras dalam melaksanakan proses vaksinasi kepada rakyat Sabah.

“Program ini adalah salah satu pengisian dalam program Maal Hijrah bagi menyantuni petugas barisan hadapan.

“Selain itu, pelaksanaan sumbangan ini juga diselaraskan bersama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jawatankuasa Maal Hijrah negeri Sabah,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Mohd Arifin berkata, program seumpama itu juga akan dilaksanakan ke beberapa daerah di negeri ini menerusi pelaksanaan Jejak Hijrah termasuk melawat PPV.

“Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan khususnya yang terlibat secara langsung dalam proses pemberian vaksin kepada rakyat di negeri ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular