HomeIsu tempatan15 lokasi bazar Ramadan dibuka sekitar bandar raya KK

15 lokasi bazar Ramadan dibuka sekitar bandar raya KK

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan membuka sebanyak 15 lokasi bazar Ramadan pada tahun ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah berkata, kebanyakan lokasi membabitkan tapak pasar malam dan kawasan letak kereta yang dijadikan lokasi sementara bazar.

“Lokasi utama bazar Ramadan di sekitar bandar raya ini antaranya di Lintasan Deasoka (Jalan Gaya), Tanjung Aru, Sembulan, Damai dan Taman Indah Permai.

“Walaubagaimanapun, DBKK kini sedang mempertimbangkan untuk membuka lokasi bazar Ramadan baharu iaitu berhampiran Padang Merdeka atas permintaan yang agak menggalakkan daripada para peniaga,” katanya.

Beliau berkata deikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Sabin berkata, lokasi yang dicadangkan ini akan memberi peluang kepada peniaga dan pengunjung bazar Ramadan untuk membeli juadah seterusnya berbuka di kawasan tersebut.

Katanya, lebih 1,000 gerai dijangka akan ditawarkan kepada peniaga yang dibuka dari jam 2 petang hingga 7 malam.

Beliau berkata, kunjungan itu adalah bertujuan untuk memperkenalkan dirinya sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu ketujuh bagi menggantikan Datuk Noorliza Awang Alip berkuatkuasa 2 Januari lalu.

Sabin, 63, sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan mempunyai pengalaman 40 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.

Hadir sama, isteri Sabin, Datin Seri Adreen Aderizza Mohamad Soffi dan Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbe

Turut mengunjungi Tun Juhar adalah rombongan Pertubuhan Gabungan Pesuruhjaya Sumpah Sabah yang diketuai Chung Kee Shyong.

Kunjungan tersebut diadakan bagi memaklumkan kepada Tun Juhar tentang peranan pertubuhan tersebut selain mendapatkan pandangan beliau berkaitan peranan yang boleh dibantu oleh Pesuruhjaya Sumpah terutama dalam menangani isu pendaftaran lewat kelahiran yang banyak dialami oleh penduduk tempatan luar bandar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Yayasan Qhazanah Sabah ceriakan pesakit Hospital Sipitang menerusi sumbangan krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular