HomeIsu tempatan'Geng Subuh Beaufort' diadakan Sabtu ini sempena Karnival Kesenian Islam

‘Geng Subuh Beaufort’ diadakan Sabtu ini sempena Karnival Kesenian Islam

Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Pelbagai aktiviti dan program akan diadakan sepanjang penganjuran Karnival Kesenian Islam peringkat daerah Beaufort yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, ia termasuklah aktiviti ‘Geng Subuh Beaufort’ yang akan diadakan di Masjid daerah Beaufort pada Sabtu ini.

Justeru, beliau turut mempelawa umat Islam di daerah itu dan berhampiran untuk turut sama mengimarahkan aktiviti ‘Geng Subuh Beaufort’.

“Karnival Kesenian Islam peringkat daerah Beaufort akan diadakan selama tiga hari yang akan berakhir Sabtu ini. Justeru kita turut menyelitkan aktiviti ‘Geng Subuh Beaufort’ pada Sabtu ini bagi mengimarahkan lagi masjid kita.

“Oleh itu, saya mempelawa kepada semua masyarakat khususnya umat Islam yang berada di Beaufort dan sekitar untuk sama-sama mengimarahkan program berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada segmen Bah Ngam La Tu di konti Sabah FM di sini semalam.

Ruslan yang juga pengerusi penganjur karnival berkata, selain ‘Geng Subuh Beaufort’, pelbagai aktiviti lain turut dilaksanakan bertempat di Dataran Bagandang Beaufort dan Dewan Pa’ Musa, Beaufort

Katanya, penganjuran karnival itu adalah bagi menghidupkan roh kecintaan kepada Nabi Muhamad dan pengabdian kepada Allah SWT selain membantu melahirkan masyarakat yang beradab dan berakhlak, sentiasa mengingati agar tidak lari dari batas-batas syariat.

“Karnival ini juga akan dapat membentuk masyarakat agar mempunyai keperibadian yang positif, bebas dari nilai negatif

“Selain itu, karnival itu juga dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai kepelbagaian dan jenis-jenis khazanah seni budaya Islam yang perlu diketahui serta memberi pendedahan dan menarik minat kepada generasi muda agar menguasai pelbagai bidang kesenian islam.

“Karnival ini juga akan dapat memperkukuhkan silaturrahim antara pemimpin dan sesama masyarakat khasnya masyarakat daerah beaufort dan membantu menjana pendapatan para peniaga kecil,” katanya.

Sementara itu, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, antara pengisian karnival yang akan diadakan adalah Majlis Tilawah Al-Quran; Forum Anjung At-Taqwa; Pertandingan Azan dan Pertandingan Kompang dan Marhaban.

“Hari terakhir pula diadakan Seminar I-Syifa selain turut diadakan Bengkel dan Pertandingan Seni Khat dan diakhiri Malam Beaufort Berselamat. Tambahan, untuk festival ini turut diselitkan aktiviti seperti pertandingan memanah tradisional dan juga dart yang diadakan pada hari terakhir bertempat di Padang Pekan Beaufort,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FM

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS lancar makmal hidup pengurusan bencana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular