HomeUtama'Gathering of the International Business Events Communities' pupuk kerjasama industri ekonomi perniagaan

‘Gathering of the International Business Events Communities’ pupuk kerjasama industri ekonomi perniagaan

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu: Forum perniagaan bertemakan ‘Gathering of the International Business Events Communities’ akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) selama dua hari mulai 29 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Dr. Rosmawati Lasuki berkata, melalui forum tersebut ia berharap akan dapat menyatukan dan memperkasa komuniti acara perniagaan bukan sahaja di dalam negara tetapi di peringkat serantau.

“Forum tersebut berbeza dengan persidangan konvensional, ia merupakan gabungan pemimpin pemikir tempatan dan antarabangsa, pembuat keputusan dan profesional industri.

“Selain itu, ia juga bakal menjadi wadah untuk melibatkan diri dengan pihak berkepentingan bagi memupuk kerjasama dan memangkin pertumbuhan serta inovasi dalam industri ekonomi perniagaan.

“Forum tersebut menawarkan peluang unik untuk mengumpul pandangan daripada penceramah pakar dan ahli panel, mempamerkan kejayaan mereka dalam memupuk ekonomi perniagaan di wilayah masing-masing,” katanya dalam Sidang Media ‘Be In Sabah’ Business Events Forum di SICC di sini semalam.

Forum anjuran bersama Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS) Sabah dan SICC itu turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Rosmawati turut menjelaskan Bufet Ramadhan SICC akan bermula pada 15 Mac sehingga 9 April dengan menyajikan pelbagai hidangan seperti menu selera kampung, masakan Asean dan pelbagai hidangan lain.

“Bufet Ramadhan tahun ini bertemakan ‘Taste of The World’ bermaksud perayaan dengan rasa yang kaya dan pelbagai di seluruh dunia untuk menikmati simfoni perisa yang merentasi sempadan dan meraikan pelbagai budaya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat lelaki warga Sweden ditemui dalam kapal pelayaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular