HomeUtamaMufti Kecewa, Tertuduh Kes Zina Jadi Tetamu Podcast

Mufti Kecewa, Tertuduh Kes Zina Jadi Tetamu Podcast

Read Time:1 Minute, 8 Second

PULAU PINANG – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia kerana Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli telah didakwa di mahkamah atas tuduhan mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Dan dia dijemput pula sebagai tetamu podcast oleh sebuah laman web penstriman.

Wan Salim, pihaknya bimbang tindakan itu akan mempengaruhi para remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak.

“Adalah amat dikesali tindakan pihak tidak bertanggungjawab menjemput tertuduh dalam kes mengiklan persundalan menerusi aplikasi X bagi menyertai podcast sebagai tetamu. 

“Tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai satu cara mempromosi maksiat dan menormalisasi persundalan.

“Sekiranya keadaan itu tidak dikekang atau dicegah akan mempengaruhi golongan remaja sekali gus membawa kepada jurang keruntuhan akhlak,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Tambah Wan Salim, kerajaan harus memandang serius insiden tersebut dan mengambil tindakan  tegas terhadap mereka yang mempromosikan kemungkaran ini kerana ia boleh merosakkan nilai akhlak masyarakat. 

“Saya juga mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk mendakwa penganjur podcast berkenaan mengikut undang-undang sedia ada. 

“Kita harap dengan tindakan undang-undangan itu akan menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sebagai satu langkah mencegah tindakan menormalisasikan maksiat di negara ini,” kata beliau.

Terdahulu, netizen mempersoalkan tindakan sebuah laman web penstriman yang menjemput Hot Daddy untuk datang ke podcast mereka.

Tindakan itu didakwa seolah-olah menyokong dan mempromosikan lagi apa yang dilakukan lelaki tersebut

RELATED ARTICLES
Utama

Rumah atas air roboh, 9 mangsa berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular