HomeIsu tempatanPutatan tuan rumah Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sabah Mac ini

Putatan tuan rumah Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sabah Mac ini

Read Time:1 Minute, 0 Second

Putatan: Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sabah 2024 akan berlangsung di daerah Putatan selama tiga hari bermula 6 Mac depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pertandingan itu akan menjadi satu platform bagi mengukuhkan lagi hubungan di antara umat Islam dengan kitab suci Al-Quran.

“Untuk makluman semua, daerah Putatan telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 Mac tahun ini.

“Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran adalah satu acara yang mempunyai keutamaan yang tinggi dalam Islam.  Ia bukan sekadar pertandingan, tetapi juga merupakan satu platform untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan Kitabullah, Al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Putatan di Dewan Sri Putatan di sini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, pihaknya berharap agar akan banyak lagi bakat-bakat baru terutamanya golongan muda yang akan terus mengasah bakat dalam ilmu tarannum dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan kehidupan umat Islam setiap hari.

Katanya yang turut berharap majlis itu mampu menjadi wadah ilmu serta medan untuk mengukuhkan perpaduan ummah sekaligus meningkatkan syiar dan dakwah Islamiah di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PPK Wanita USIA bakal jadi ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular