HomeIsu tempatanKPDN cawangan Tuaran catat empat kes melibatkan pelbagai kesalahan

KPDN cawangan Tuaran catat empat kes melibatkan pelbagai kesalahan

Read Time:1 Minute, 48 Second

Tuaran : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tuaran berjaya menghasilkan sebanyak empat kes menerusi pemeriksaan di premis perniagaan di daerah ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN cawangan Tuaran Fredlee Sintau berkata, kes yang dihasilkan itu adalah menerusi pemeriksaan yang dijalankan bermula 1 Januari lalu hingga semalam.

“Bermula 1 Januari lalu hingga 10 Februari, sebanyak 1,022 premis telah diperiksa dan hasil pemeriksaan sebanyak empat kes telah dihasilkan.

“Kes yang dihasilkan adalah melibatkan kesalahan dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN cawangan Tuaran Fredlee Sintau

Beliau berkata, nilai kompaun bagi semua kes yang dihasilkan adalah sebanyak RM1,100 dan tiada kes yang didenda setakat ini.

Dalam pada itu, Fredlee berkata, sebanyak 11 barangan harga terkawal disenaraikan menerusi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina tahun ini.

Katanya, skim itu dikuatkuasakan sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina serta memastikan keberadaan bekalannya di pasaran.

Tambahnya, pelaksanaan skim ini juga sebahagian dari usaha prihatin kerajaan untuk menstabilkan harga ketika permintaan dijangka meningkat bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati skim ini dalam keadaan ceria dan harmoni.

“Pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina tahun ini mulai dikuatkuasakan pada 6 Februari hingga 14 Februari 2024 dan tempoh pelaksanaannya adalah selama sembilan hari iaitu, empat hari sebelum perayaan, dua hari semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan.

“Antara barangan yang disenaraikan adalah Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor); Udang putih (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram); Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing); Lobak merah; Lobak putih; Ubi kentang import (China) dan Halia tua (import).

“Turut disenaraikan Bawang putih (China); Babi hidup (kawalan peringkat ladang sahaja); Daging babi (perut) dan Daging babi (daging dan lemak),” katanya.

Sementara itu, Fredlee berkata, para peniaga diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah Skim ini.

Katanya, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN TUARAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular