HomeUtamaSabah Merakamkan Tahniah Kepada Perdana Menteri Baharu

Sabah Merakamkan Tahniah Kepada Perdana Menteri Baharu

Read Time:51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu, dan menyatakan beliau juga mempunyai kelayakan dan pengalaman yang diperlukan untuk memimpin negara ini.

Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berkata Kerajaan Negeri GRS menyokong penuh Ismail Sabri dan mengharapkan hubungan antara negeri dengan persekutuan ini akan membuahkan hasil, bukan hanya untuk mempercepatkan usaha membangunkan negeri ini tetapi juga yang antara lain mengambil kira hak-hak Sabah.

“Kami akan meneruskan perjuangan ini dan isu-isu berkenaan dengan hak, keutamaan dan keperluan Sabah juga akan diteruskan.

“Sekarang pergolakan kepimpinan di peringkat Persekutuan telah diselesaikan, marilah kita semua bersatu, mengenepikan perbezaan, dan terus bergerak untuk memerangi pandemik COVID-19 serta membangun kembali ekonomi kita,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji yang mewakili Kerajaan GRS turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri sementara atau caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas khidmatnya kepada rakyat dan negara serta sokongan dan sumbangannya kepada Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya