HomeIsu tempatanDBKK adakan 'Friendly Ride' bersama Toh Puan Sabtu ini

DBKK adakan ‘Friendly Ride’ bersama Toh Puan Sabtu ini

Read Time:49 Second

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan ‘Friendly Ride’ bersama Toh Puan Sabtu ini sempena sambutan Hari Bandaraya Kota Kinabalu ke-24.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK, Robert Lipon berkata, program berbasikal itu akan diketuai Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni dalam usaha mempromosikan cara hidup sihat.

“Kayuhan sejauh 29 Kilometer (KM) ini akan dilepaskan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah bertempat di Padang Merdeka mulai jam 7 pagi dan dijangka selesai pada jam 10 pagi. 

“Turut diadakan penyerahan sumbangan kepada asnaf oleh Yayasan Nur Jauhar pada program tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Toh Puan Norlidah di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu. 

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Pengerusi PUSPANITA Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu, Datin Seri Adreen Aderizza Mohamad, Setiausahanya, Datin Noridawati Abdul Rahman, Ketua Teknikal, Muhd Uthman Sarimal dan DBKK Cycling Team, Glorie Diana Joseph.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular