HomeIsu tempatanPETIK bakal jadi hab kecemerlangan penyelidikan, pembelajaran pertanian tanah tinggi

PETIK bakal jadi hab kecemerlangan penyelidikan, pembelajaran pertanian tanah tinggi

Read Time:2 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu: Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Pertanian Tanah Tinggi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kundasang (PETIK) bakal menjadi hab kecemerlangan penyelidikan dan pembelajaran pertanian tanah tinggi termasuk bidang agripelancongan.

PETIK yang dilancarkan hasil kerjasama UMS dan Kundasang Aquafarm (KAF) itu merupakan pusat penyelidikan dan pembelajaran pertanian tanah tinggi yang terletak di Kampung Mesilau Kundasang baru-baru ini.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, PETIK adalah hasil usahasama antara UMS dan KAF sejak tahun 2021, seterusnya pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) pada tahun 2022.

Katanya, pada tahun 2023/2024, PETIK telah mula direalisasikan di lapangan dengan siapnya 10 rumah hijau yang lengkap dengan kemudahan hidroponik untuk penghasilan sayur daun dan buah. 

“Kerja-kerja pembangunan PETIK bagi fasa pertama telah siap sepenuhnya dan aktiviti penanaman serta penjualan hasil pertama telah dilaksanakan. 

“Melalui usahasama ini, PETIK akan menjadi landasan pendedahan kepada ilmu dan pengalaman pengurusan pertanian tanah tinggi yang lestari dalam kalangan pelajar serta masyarakat sesuai dengan MoA yang telah dipersetujui dengan pihak Kundasang Aquafarm,”katanya. 

Beliau juga menekankan slogan ‘I want result’ dalam mana-mana projek universiti sesuai dengan kejayaan PETIK direalisasikan di lapangan.

“PETIK turut menerima pelajar daripada pelbagai universiti yang menjalankan latihan industri, malah menyokong hubungan antara industri dan masyarakat melalui penganjuran kursus atau bengkel kemahiran dalam pertanian tanah tinggi,” katanya yang turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan tertinggi UMS sebelum ini atas usaha merealisasikan PETIK.

Pada majlis tersebut, sijil perasmian turut disampaikan kepada Pengarah Urusan KAF, Azizul Julirin, disusuli dengan penuaian sayur daun (salad) dari sistem hidroponik dan seterusnya penanaman pokok kopi sebagai simbolik perasmian projek dan pelancaran PETIK. 

Sementara itu, Pengarah EcoFarm, Ts. Dr. Januarius Gobilik berkata, menerusi perbincangan lanjut dengan Azizul, bukan sahaja sayuran daun dan buah bernilai tinggi yang menggunakan sistem hidroponik diusahakan, pokok kopi Arabica catimor juga turut ditanam di lereng bukit di PETIK.

“Selain daripada penyelidikan dan pembelajaran, ia juga berkait dengan penstabilan struktur tanah di kawasan tersebut serta untuk menghasilkan produk kopi bagi memantapkan lagi industri kopi tempatan.

“Projek UMS-KAF ini juga dipakejkan sebagai agripelancongan dengan pengurusan pakej tersebut tidak hanya melibatkan pelajar dan penyelidik dari UMS tetapi melibatkan kerjasama dengan masyarakat setempat untuk membolehkan impak projek lebih mendalam lagi,” katanya.

Untuk rekod, selain membangunkan PETIK, Pusat Pengurusan EcoFarm yang merupakan salah satu dari Sustainable Business Unit di UMS juga membangunkan Makmal Hidupan AFEEDRI di Apin-Apin, Keningau untuk mempergiatkan lagi aktiviti keusahawanan dalam universiti untuk menyokong kelestarian penyelidikan dan pembelajaran pelajar.  – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular