HomeLuar negaraMimpi Ngeri Pengembara Sepanyol Bila Diserang Dan Dirogol Di India

Mimpi Ngeri Pengembara Sepanyol Bila Diserang Dan Dirogol Di India

Read Time:1 Minute, 57 Second

Pasangan pengembara motosikal berkuasa tinggi dari Sepanyol  mengalami detik mengerikan apabila diserang secara ganas oleh sekumpulan lelaki. Lebih malang, wanita pengembara itu dirogol secara bergilir-gilir. 

Media antarabangsa melaporkan pasangan pengembara tersebut yang dikenali sebagai Vicente dan Fernanda itu melakukan pengembaraan ke serata dunia dengan menaiki motosikal.

Difahamkan pasangan yang turut memiliki lebih daripada 140 000 orang pengikut di laman Instagram tersebut dalam siri penjelajahan benua Asia Selatan sejak dari lima bulan yang lepas.

sewaktu Vicente dan Fernanda dalam perjalanan menuju ke Nepal, mereka berdua telah berhenti di Dumka di mana pasangan itu berkhemah semalaman di kawasan berkenaan. Sekumpulan lelaki kemudian menyerang Vicente dan Fernanda.

Menerusi video yang dimuat naik ke Instagram, pasangan itu muncul dengan kesan lebam pada wajah masing-masing. Kedua-dua mereka mula menangis sewaktu menceritakan pengalaman ngeri mereka itu dalam bahasa Sepanyol.

Sesuatu telah berlaku kepada kami yang tidak kami kehendaki pada sesiapa pun,”kata Fernanda dalam video itu. “Tujuh orang lelaki telah merogol saya, mereka telah memukul dan merompak kami.” Tambah Fernanda lagi, tidak banyak pun barangan mereka yang dicuri kerana apa yang kumpulan penyerang tersebut mahukan adalah untuk merogolnya. 

Dalam perkembangan berkaitan  tiga lelaki ditahan  dalam kes rogol berkumpulan seorang pelancong Sepanyol di kawasan terpencil di timur India, lapor media tempatan semalam.

Serangan itu berlaku di daerah Dumka, negeri Jharkhand, di mana mangsa bersama suaminya yang menaiki motosikal berhenti untuk bermalam dalam khemah.

Wanita itu mendapatkan bantuan sebuah van peronda polis kira-kira 11 malam dan dibawa ke hospital untuk rawatan, kata pegawai polis Pitamber Singh Kherwar kepada akhbar The Times of India.

Kherwar berkata, polis sedang memburu lebih ramai suspek selepas menahan tiga lelaki.

Data Biro Rekod Jenayah Kebangsaan menunjukkan purata hampir 90 kes rogol dilaporkan di India setiap hari pada 2022.

Pun begitu, masih ada sejumlah besar kes rogol tidak dilaporkan susulan stigma di sekeliling mangsa dan kurang kepercayaan terhadap siasatan polis.

Sabitan pula jarang berlaku, dengan kes tergantung selama bertahun-tahun dalam sistem keadilan jenayah India.

Jenayah kejam itu menunjukkan tahap tinggi keganasan seksual di India yang mencetuskan protes selama berminggu-minggu, sebelum negara itu melaksanakan hukuman mati bagi kesalahan rogol.

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

Paetongtarn Shinwatra Dipilih Sebagai PM Baharu Thailand

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular