HomeIsu tempatanEmpat PPD terima dana laksana program STEM

Empat PPD terima dana laksana program STEM

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Empat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sabah menerima dana masing-masing berjumlah RM15,000 bagi melaksanakan program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negeri ini.

Dana yang disalurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah itu diserahkan kepada PPD Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Tuaran.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, dana yang disalurkan itu adalah bagi melaksanakan Festival STEM pada tahun ini.

Katanya, festival itu akan dilaksanakan dengan aktiviti yang lebih menarik untuk memberi pendedahan yang lebih efektif kepada pelajar sekolah terhadap STEM.

Menurutnya, ia akan dapat melahirkan lebih ramai generasi muda berilmu kreatif, inovatif serta berdaya saing.

“Dengan ini kita berharap supaya matlamat JPNS dan hasrat Kerajaan Sabah dibawah aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk menarik lebih ramai murid-murid mengambil mata pelajar STEM akan bertambah.

“Tahun lalu sahaja, JPNS telah berjaya mencapai 28.78 peratus dan tahun ini kita harap angka tersebut akan meningkat kepada 35 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan pemberian dana kepada empat PPD sempena Majlis Semarak Kasih Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa anjuran KSTI di sini semalam.

Penyampaian dana disampaikan Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Harun Durabi.

Pada majlis itu juga Harun turut menyampaikan sumbangan kepada 30 pelajar sekolah Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Karim Kampung Benoni.

Kira-kira 300 anggota dan pegawai kementerian, jabatan dan agensi di bawah KSTI hadir dalam masjid tersebut. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pementasan teater ‘Salina’ bermula Jumaat ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular