HomeUtamaSabah laksana OPA jika cuaca panas, kemarau berterusan

Sabah laksana OPA jika cuaca panas, kemarau berterusan

Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri akan terus melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Sabah jika cuaca panas dan kemarau terus melanda negara pada masa ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, operasi itu akan dilaksanakan dari masa ke semasa yang bertujuan bagi membantu mengurangkan bebanan bekalan air yang berkurangan di beberapa kawasan di Sabah

“Kita akan terus membuat pembenihan awan jika cuaca ini berterusan dan kita akan lakukannya dari masa ke semasa sehingga ianya boleh membantu mengurangkan bebanan bekalan air di beberapa kawasan di Sabah.

“Bagaimanapun, ini akan kita lihat keadaan jenis awan, tidak semua awan boleh menurunkan hujan kalau pembenihan awam dilakukan. Ini terpulang kepada mereka yang dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis Penyerahan
Kuih-Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Anggota Keselamatan dan Petugas Kesihatan di Dewan Auditorium Menara Kinabalu di sini hari ini.

Pada 28 Mac lalu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah melaksanakan OPA di Sabah, dengan menyasar tiga daerah yang terjejas kemarau iaitu Papar, Lahad Datu dan Tawau.

Operasi dijalankan tiga hari itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Bahagian Bekalan Air Labuan setelah NADMA menerima permohonan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

Bagi melaksanakan OPA, pesawat C-130 Hercules milik TUDM berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Labuan dengan membawa empat tangki air yang mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air yang disediakan MetMalaysia.

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata OPA dibuat dalam usaha menyediakan sumber air yang mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas.

“Kemarau yang berlarutan sejak Februari lalu menyebabkan 58,080 ketua isi rumah (KIR) membabitkan 355 kampung dalam 12 daerah di Sabah berdepan masalah kekurangan bekalan air,” katanya.

Berikutan itu, terdapat hujan dicerap oleh radar cuaca selepas OPA dilaksanakan selama tiga hari di tiga kawasan sasaran termasuk Papar.

Imej Gema Radar pada 28 hingga 30 Mac menunjukkan purata curahan hujan adalah antara lima hingga 10 mm/h selepas OPA dilaksanakan di tiga kawasan sasaran iaitu Papar, Lahad Datu dan Tawau. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tandas bersih kriteria utama perbaharui lesen perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular