HomeUtamaKPN Sahkan Suspek Kes Tembak Di KLIA Berjaya Ditahan

KPN Sahkan Suspek Kes Tembak Di KLIA Berjaya Ditahan

Read Time:40 Second

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, mengesahkan Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Hawari, 38, sudah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang tadi.

“Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu.

“Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, ibu dan bapa Hafizul, Hayati Bakri dan bapanya, Hawari Mohd Sihat, serta lima adik-beradiknya merayu Hafizul menyerah diri kepada polis.

Adiknya, Hanif berkata, Hafizul perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan bersedia menghadapi kesan perbuatan itu dan hukuman bakal dikenakan terhadapnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dikhuatiri hilang di sungai semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular