HomeIsu tempatanKPDN Sandakan catat nilai rampasan lebih RM1 juta melibatkan pelbagai kesalahan

KPDN Sandakan catat nilai rampasan lebih RM1 juta melibatkan pelbagai kesalahan

Read Time:1 Minute, 33 Second

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan  berjaya menghasilkan sebanyak 54 kes melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah lebih RM 1 juta.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, sebanyak 1,965 premis perniagaan meliputi 897 premis di badar dan 1,068 premis luar bandar di daerah ini telah diperiksa sejak awal tahun ini.

“Sebanyak 54 kes telah dihasilkan membabitkan nilai rampasan keseluruhannya berjumlah RM 1,000,520.35. Sebanyak 30 kes telah dikompaun dan nilai kompaun dikutip berjumlah RM6,100.

“Manakala dua kes lagi telah didakwa di mahkamah dan didenda sebanyak RM20,000. Dari segi aduan, sebanyak 46 aduan diterima oleh KPDN Sandakan sejak 1 Januari 2024 sehingga kini dan 43 (93.5 peratus) aduan telah selesai disiasat manakala tiga aduan lagi sedang dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, KPDN cawangan Sandakan akan meneruskan operasi pemeriksaan khasnya di pasar-pasar tumpuan utama pengguna di daerah ini bagi mempastikan para peniaga terus mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN.

Dalam pada itu, Azdy berkata, semalam pihaknya telah menjalankan operasi pemeriksaan di Pasar Batu 8, Sandakan yang bertujuan untuk memastikan semua peniaga mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan oleh KPDN.

Katanya, ia termasuklah penggunaan alat timbang yang telah ditentusahkan di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972 serta tanda harga semua barang yang dijual dipamerkan dengan jelas di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

“Pemeriksaan yang dijalankan di Pasar Batu 8, Sandakan pada hari ini (semalam) mendapati semua peniaga yang diperiksa menggunakan alat timbang yang telah ditentusahkan dan tanda harga ada dipamerkan ke atas barangan yang dijual.

“Notis Amaran Meletakkan Tanda Harga juga telah diedarkan kepada semua peniaga yang diperiksa bertujuan sebagai peringatan agar para peniaga sentiasa mematuhi Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 dengan mempamerkan tanda harga jualan di gerai masing-masing,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Sandakan

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,191 pain darah berjaya dikumpul dalam Kempen Derma Darah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular