HomeUtamaDUN Sabah : MUIS jalin kerjasama dengan beberapa universiti bangun HHS khusus...

DUN Sabah : MUIS jalin kerjasama dengan beberapa universiti bangun HHS khusus kepada industri mikro

Read Time:2 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dengan kerjasama beberapa buah Universiti Awam (UA) dan jabatan serta agensi Kerajaan berkaitan akan membangunkan Hab Halal Sabah (HHS) khususnya kepada industri mikro.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kerjasama yang dijalankan itu adalah bertujuan bagi membangun ekonomi negeri melalui Pensijilan Halal Malaysia.

Kerjasama itu adalah melibatkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berkonsepkan tiga modul mengikut kesesuaian industri.

“Model pertama ialah Fasiliti Berpusat di mana model ini berperanan sebagai pusat sehenti yang merangkumi kemudahan fizikal dan khidmat kepakaran (pra persijilan) tentang permohonan, penyediaan dokumen dan pematuhan syarak setelah mendapat sijil halal (pasca pensijilan), yang dibangunkan bersama makmal halal dan inkubator halal.

“Model kedua ialah Spatial Model (Model Ruang) di mana ia menempatkan beberapa buah premis bagi pengusaha industri kecil yang tidak mempunyai tempat pemprosesan sendiri.

“Hub ini memberi peluang kepada pengusaha yang telah mempunyai produk sendiri untuk memproses produk dengan mengunakan kemudahan peralatan asas seperti dapur, oven dan lain-lain lagi dengan pengawasan pematuhan piawaian pensijilan halal Malaysia termasuk elemen kebersihan dan keselamatan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, model ketiga adalah Satelit Halal Hub di mana interaksi pengurusan halal di antara para pengusaha dan konsultan / pembimbing halal dibuat secara online.

Katanya, hub ini menyediakan khidmat nasihat halal, bimbingan, kursus, business matching, E-dagang, E-pemasangan dan E-Kewangan. Aplikasi Halal juga akan dibangun bersama Satelit Halal Hub ini.

Dalam pada itu, Arifin berkata, MUIS selaku pemegang amanah tunggal bagi harta wakaf di negeri ini berusaha dengan sebaik mungkin bagi memastikan perkembangan wakaf dipertingkatkan seiring dengan peredaran masa kini.

Katannya, dalam hal ini, kerajaan melalui MUIS telah memperkenalkan Wakaf Tunai yang dilancarkan pada bulan September 2022.

“Keistimewaan Wakaf Tunai serendah RM1 di mana para pewakaf boleh memilih kategori pewakafan yang diinginkan seperti Wakaf Tunai Am; Wakaf Tunai Kesihatan; Wakaf Tunai Pembangunan; Wakaf Tunai Pendidikan,” katanya.

Katanya, melalui wakaf tunai, samada secara individu atau wakaf korporat, pewakaf berpeluang menikmati potongan cukai setinggi 10 peratus daripada pendapatan agregat tahunan.

“Selain itu, para pewakaf juga boleh berwakaf untuk diri sendiri dan juga bagi pihak orang lain seperti ahli keluarga yang telah meninggal dunia tanpa bilangan yang terhad,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK benarkan Taman Perdana Tanjung Aru beroperasi semula

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular