HomeIsu tempatanPenduduk Papar berpeluang nikmati pawagam komuniti 24 jam pertama di Malaysia

Penduduk Papar berpeluang nikmati pawagam komuniti 24 jam pertama di Malaysia

Read Time:2 Minute, 56 Second

Papar: Penduduk sekitar daerah ini berpeluang untuk menikmati pengalaman menonton filem di pawagam komuniti yang beroperasi 24 jam pertama seumpama di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif 10Star Cinema Sdn Bhd Onn Norshal Hamzah berkata, pawagam rangkaian kelima syarikat itu menawarkan tayangan yang setaraf dengan pawagam-pawagam lain menggunakan sistem teknologi tercanggih setakat ini.

“Dalam era moden ini, kita kebanyakan menggunakan sistem moden dinamakan laser projector yang mana pawagam-pawagam besar pun sedang membuat peralihan kepada sistem ini.

“Tetapi untuk 10Star Cinema, kita sudah sudah memperkenalkan laser projector dan kita yang terawal di Sabah sekarang ini, sebab itu apabila kita tayang filem-filem ini dia mesti memiliki register digital cinema dan menepati piawaian filem untuk ditayangkan.

“Saya boleh memberikan jaminan bahawa teknologi yang kita gunakan hari ini merupakan teknologi yang tercanggih dalam konteks Negeri Sabah dan ia menjanjikan kepuasan dan pengalaman menonton wayang yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian 10Star Cinema Parklane City Benoni yang disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Onn Norshal berkata, bangunan pawagam yang bernilai RM5.5 juta itu juga menawarkan tiket berharga di antara RM10 hingga RM18 bergantung kepada filem yang ditayangkan. 

Mengulas lanjut mengenai pengoperasian 24 jam, beliau berkata, konsep moden tersebut untuk memenuhi keperluan serta mengikut trend atau gaya hidup masyarakat moden yang kini telah berubah, sekaligus membezakannya dengan pawagam dalam pusat membeli-belah.

“Memang dalam perancangan untuk menjadikan pawagam 24 jam yang pertama di Malaysia cuma buat masa ini, dengan perancangan dengan pihak pemaju kita harus memastikan persekitaran kita dilengkapi juga dengan sokongan lain-lain prasarana.

“Perkara itu apabila lengkap kita akan lancarkan sebagai pawagam yang menawarkan 24 jam dan konsep moden ini bukan seperti pawagam dalam shopping mall, dia di kawasan yang terbuka, jadi dia sentiasa percuma dan mudah untuk masyarakat.

“Waktu bekerja masyarakat sekarang sudah berubah, bukan lagi bekerja mengikut waktu perniagaan, ada yang pakai syif, bekerja malam, malah ada yang bekerja lewat malam. Jadi, kita harus melihat kepada trend terkini di mana kita bagi masyarakat yang bekerja siang, dia boleh menonton lewat malam dan yang bekerja malam boleh menonton pada waktu siang. 

“Masa operasi buat masa ini bermula pada jam 10 pagi dan dia boleh berakhir sampai midnight. Midnight ini boleh menjadi jam 12 tengah malam ataupun 12.30 malam.

“Tetapi kalau filem yang baik dia boleh menjadi double midnight sepertimana yang kita lakukan di Tawau tayangan terakhir boleh sampai 3 pagi dan 2.30 pagi bergantung kepada kekuatan filem terutama sekali pada musim perayaan, musim cuti sekolah dia boleh menjadi double midnight ataupun itu yang kita katakan sebagai 24 jam. 

“Apabila sambutan itu ada, dia akan bersambung sebagai contoh sesetengah lokasi yang memulakan tayangan 2.30 pagi dan 3.30 pagi dan tayangan seterusnya dia boleh bermula dengan jam 9 pagi. Dari situ ada kerapatan masa tayangan dan boleh dikategorikan sebagai 24 jam cuma di lokasi lain ia belum diprogramkan lagi hanya di Papar sahaja,” katanya.

Sementara itu, Onn Norshal berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan syarikatnya, Papar yang disifatkan sebagai Bandar Satelit akan menjadi persinggahan di antara masyarakat dari selatan ke barat negeri ini dan yakin ada permintaan untuk tayangan 24 jam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Datuk Armizan Mohd Ali yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, ADUN Kawang dan Pengerusi Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, Pengerusi Eksekutif Kumpulan MAA Berhad Tunku Datuk Yaacob Khyra dan Pegawai Daerah Mohd Fuad Abdullah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular