HomeUtamaKelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu: Usaha berterusan Kelab Lions di Sabah untuk memperkasakan kebajikan ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik adalah perkara yang harus dibanggakan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata,  inisiatif ‘Your Women Empowerment: Empowering Single Mothers’ dilaksanakan oleh 25 Kelab Lions di Sabah untuk 20 orang ibu tunggal dari Persatuan Ibu Tunggal Sabah adalah usaha cemerlang.

Katanya, inisiatif itu memberikan manfaat kepada ibu tunggal dari segi sokongan serta cara-cara untuk mencari rezeki dalam kehidupan.

“Usaha kerjasama ini memberikan impak positif dalam komuniti,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Lions ke-62 Multiple District 308 (MD308) 2024, di sini.

Teks ucapannya disampaikan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe.

“Saya memuji usaha anda untuk menyampaikan perkhidmatan kepada komuniti dalam pelbagai segi termasuk menyampaikan bantuan makanan, melindungi alam sekitar, pendidikan penyakit diabetis, inisiatif untuk ibu tunggal dan banyak lagi yang sememangnya akan membawa perubahan positif kepada golongan kurang bernasib baik,” katanya.

Hajiji percaya dengan menggemblengkan sumber, kepakaran dan kesanggupan setiap individu serta organisasi, usaha itu mampu memberikan perubahan positif terhadap isu-isu yang memerlukan perhatian segera.

Katanya, menerusi projek memperkasakan wanita, komuniti bukan saja dimanfaatkan taraf kehidupan tetapi juga dilengkapkan dengan alat serta inspirasi untuk membentuk masa depan yang lebih cerah.

Hajiji berkata, kerajaan juga mengiktiraf peranan bernilai yang dimainkan organisasi seperti Kelab Lions bagi usaha merapatkan jurang dalam sistem penyampaian.

“Kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan terhadap komitmen anda untuk menyampaikan perkhidmatan serta amalan kemanusiaan.

“Dedikasi anda terhadap isu-isu kritikal seperti memperkasakan belia, mengurangkan bebanan golongan memerlukan, bantuan bencana dan banyak lagi sangat dihargai dan dipuji,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular