HomeIsu tempatanKTYS buka ruang kerjasama mantapkan kursus ditawarkan

KTYS buka ruang kerjasama mantapkan kursus ditawarkan

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu:  Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) berhasrat untuk membuka ruang kerjasama dengan institusi lain yang bertujuan memantapkan lagi kursus yang ditawarkan kepada para pelajar.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KYTS Sdn. Bhd., Datuk Tah Nia Jaman berkata, pihaknya kini sedang melaksanakan kajian untuk memperkasakan lima kursus di peringkat diploma dan satu kursus persediaan jangka pendek untuk para pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Pahang.

“Setakat ini, kita tidak ada penambahan kursus kerana kita sedang mengkaji dan memantapkan kursus-kursus yang kita tawarkan kepada para pelajar terutama pengambilan baharu untuk tahun 2024.

“Jadi, kita sentiasa mengkaji dan tentulah membuka peluang seluas-luasnya kepada mana-mana institusi dan juga pihak yang ingin bekerjasama dengan KTYS.

“Ini kerana kita sedang melihat masa depan yang lebih baik jadi, mana-mana badan yang ingin bekerjasama dengan kita, kita sentiasa membuka ruang itu cuma kita kena mengkaji sejauh mana ia boleh dilaksanakan sama ada dari segi sumber manusia, aset dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis  Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan 2024, di sini semalam.

Mengenai sambutan tersebut, Tah Nia berkata, tujuan program tersebut adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga KTYS yang berbilang kaum serta agama.

“Program hari ini adalah gabungan Aidilfitri dan juga Pesta Kaamatan tujuannya ialah agak jelas iaitu untuk silaturahim antara pelbagai kaum yang berada di kolej ini, warga  KTYS yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bukan sahaja warga KTYS tetapi juga rakan strategik kita,” katanya.

Antara yang hadir, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar dan Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd., Naib Canselor University College Sabah Foundation (UCSF) dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah Hanafiah Diman.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular