HomeIsu tempatanPusat Sumber SJKC pemangkin pendidikan sekolah luar bandar

Pusat Sumber SJKC pemangkin pendidikan sekolah luar bandar

Read Time:1 Minute, 6 Second

Sindumin: Pusat Sumber Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Boon Sindumin mampu menjadi pemangkin kepada pengembangan pendidikan khususnya sekolah-sekolah di luar bandar.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah berkata, projek kerjasama Republik China dengan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) itu secara tidak langsung dapat menyuntik semangat murid-murid untuk menanam budaya membaca.

“Dengan penubuhan pusat sumber di sekolah ini, dapat meningkat lagi semangat para guru bagi memartabatkan lagi pendidikan meskipun jumlah murid hanya 47 orang sahaja.

“Malah, kesudian Toh Puan datang ke sekolah ini juga menunjukkan keprihatinan pemerintah tertinggi di Sabah terhadap pendidikan tanpa mengira kaum dan bangsa,” katanya ketika ditemui media dalam Majlis Perasmian Pusat Sumber SJK (C) Sin Boon Sindumin, di sini

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang diiringi Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr. Huang Shifang.

Turut mengiringi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob dan isteri,
Datin Azizah Beniaman, Isteri Matbali, Datin Norain Kipleh, Penolong Setiausaha Yayasan Nur Jauhar Al Hana Juhar, Pegawai Daerah Sipitang AK. Raimy Pg. Abd Rahman serta Guru Besar SJK (C) Sin Boon, Yip Sing Song.

Pada majlis itu, Toh Puan Norlidah yang juga Penasihat Yayasan Nur Jauhar (YNJ) turut menyampaikan sumbangan kepada 47 orang murid dan 10 orang guru di sekolah berkenaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular