HomeUtamaBagaikan mimpi, penoreh getah kini jutawan

Bagaikan mimpi, penoreh getah kini jutawan

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Belud : Seorang penoreh getah, Johni Satur,57, diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bonanza Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) yang ke-99.

Dengan kemenangan itu, beliau yang tinggal di Kampung Lasau Minunsud di sini berjaya membawa pulang hadiah sebanyak RM1 juta.

Hadiah tersebut disampaikan Ketua Komunikasi Strategik BSN Aizurra Mellisa Muzammil.

Johni berkata, wang yang digunakan bagi membeli SSP BSN itu adalah menggunakan duit yang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dua tahun lalu selepas dinasihatkan oleh anak lelakinya.

“Saya masih rasa seperti mimpi dapat menang RM1 juta. Malahan saya lambat memberi respon ketika dihubungi pihak BSN minggu lalu kerana bimbang ia adalah suatu skim penipuan.

“Selepas beberapa kali diyakinkan, barulah saya percaya menjadi salah seorang pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP,” katanya ketika memetik laporan Harian Metro di sini hari ini.

Beliau turut berkata, pendapatan yang diterima sebagai penoreh getah setiap bulan adalah sebanyak RM500 sebulan dan jumlah itu diakui tidak mencukupi bagi perbelanjaan keluarga.

Johni turut menyatakan wang dimenangi itu juga bakal digunakan untuk pendidikan anak bersekolah darjah satu dan tingkatan enam.

Dalam pada itu, BSN dalam satu kenyataan berkata, jumlah penyimpan BSN SSP yang direkodkan sehingga 31 Mac lalu adalah seramai 4.75 juta melibatkan jumlah simpnana sebanyak RM5.28 bilion.

Pada tahun ini sebanyak 10 kategori diperkenalkan dengan dua cabutan terbaharu iaitu Cabutan Ulang Tahun BSN ke-50, Cabutan Khas Guru dan Pekerja Barisan Hadapan. – SABAH MEDIA / FOTO BSN

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular