HomeSukanU23 Sabah FC sasar kutip satu mata menentang JDT II

U23 Sabah FC sasar kutip satu mata menentang JDT II

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu :  Pasukan Bawah 23 (U23) Sabah FC positif mampu mengutip satu mata menjelang perlawanan bertemu JDT II Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada 20 Mei ini.

Ketua Jurulatihnya, Johnny Dominicus berkata, anak-anak buahnya kini bersiap sedia 100 peratus dari segi fizikal dan mental sekali gus melahirkan keyakinan mampu mencapai sasaran berkenaan.

Katanya, kehadiran lima pemain senior juga akan mengukuhkan kedudukan pasukan sekali gus menjadi faktor utama agar sasaran tersebut akan dapat direalisasikan kelak.

Menurutnya, JDT II merupakan pasukan sangat digeruni namun beliau yakin anak-anak buahnya mampu menunjukkan prestasi memberansangkan serta yakin akan memberikan saingan hebat pada perlawanan itu nanti.

“Suntikan semangat pihak pengurusan memberikan motivasi yang sangat penting lebih-lebih lagi ini merupakan perlawanan pertama sekali gus bermain di luar gelanggang sendiri.

“Tetapi kita akan pastikan pasukan bawah 23 (U23) Sabah FC dapat memberikan komitmen 100 peratus serta dapat mencuri satu mata melalui perlawanan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Johnny berkata, setakat ini tiada pemain yang dilaporkan mengalami kecederaan serta bersiap sedia turun menentang pasukan JDT II di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru.

“Kita mengakui kurang mengadakan perlawanan persahabatan yang lebih   kompetitif dan hanya bertemu beberapa pasukan untuk mengukur keupayaan pemain sedia ada.

“Pemain kita, kalau dari segi fizikal dan mental memang sudah bersedia, cuma terdapat sedikit kekurangan dari segi ‘sparring’, perlawanan yang kompetitif.

“Jika kita membuat perlawanan persahabatan ia akan melibatkan kos yang tinggi tapi…kita pastikan U23 Sabah FC dapat mencapai keputusan terbaik nanti,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular