HomeIsu tempatan544 premis dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan

544 premis dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 544 buah premis perniagaan di seluruh Sabah dikenakan tindakan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah melibatkan pelbagai kesalahan yang dilakukan.

Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata, jumlah yang direkodkan dalam tempoh Januari hingga semalam itu membabitkan pemeriksaan ke atas 31,206 premis perniagaan di Sabah.

“Sepanjang 1 Januari  hingga semalam, KPDN Sabah telah menjalankan pemeriksaan ke atas 31,206 premis perniagaan dan telah mengambil tindakan kes sebanyak 544 dari pelbagai akta  yang dikuatkuasakan serta melibatkan nilai rampasan sebanyak RM 5,181.595.36.

“Untuk tempoh itu juga KPDN berjaya mengutip kompaun sebanyak RM 62,300, sementara denda Mahkamah pula sebanyak RM 20,000,” katanya selepas melaksanakan pemeriksaan bersama anggota penguat kuasa KPDN di Pasar Besar Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Georgie berkata, dalam tempoh itu juga, KPDN Sabah juga telah menerima sebanyak 1,073 aduan pengguna dari pelbagai kategori yang berekod dalam sistem eAduan KPDN Sabah.

Katanya, para peniaga adalah diingatkan tidak menaikan harga barang dan perkhidmatan sesuka hati dan dengan kadar yang tidak munasabah tanpa alasan yang kukuh.

“KPDN akan menyiasat setiap aduan yang diterima mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan dan aduan berkenaan harga dan barang kawalan akan disiasat dalam tempoh 24 jam.

“Para pengguna pula disarankan supaya melaporkan terus sebarang maklumat berkaitan salah laku peniaga semasa berurusniaga dengan menyalurkan maklumat atau aduan yang lengkap kepada kementerian melalui saluran yang disediakan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN SABAH

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular