HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot kargo bawa barang kawalan tanpa permit

Maritim Malaysia tahan bot kargo bawa barang kawalan tanpa permit

Read Time:1 Minute, 6 Second

Sandakan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot kargo kecil yang membawa barang kawalan tanpa permit yang sah di perairan Sandakan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, dalam rondaan yang dilaksanakan pihaknya telah menahan sebuah bot kargo kecil dikendalikan seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke dalam bot seterusnya menemukan dua tong gas LPG 14 kilogram setiap satu, 180 liter minyak petrol yang diisi di dalam tong minyak plastik pelbagai saiz.

“Turut ditemui 16 paket minyak masak dengan anggaran satu kilogram setiap satu, 12 paket gula berat satu kilogram setiap satu paket dan tujuh paket beras berat 10 kilogram setiap satu tanpa permit yang sah.

“Kesemua barang kawalan beserta bot dan juragan ditahan pada jam 2.23 petang di kedudukan 9.2 batu nautika timur laut Pulau Berhala untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suhairy berkata, anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk barang kawalan, bot dan enjin sangkut sekitar RM9,000.

Katanya, kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular