HomeUtama191 kes berkaitan AGE dikesan di Tenom

191 kes berkaitan AGE dikesan di Tenom

Read Time:2 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan sebanyak 191 kes berkaitan Gastroenteritis Akut (AGE) dikesan di daerah Tenom.

Pengarah JKNS Datuk Dr Asits Sanna berkata, pihaknya melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tenom mula mengenal pasti peningkatan kes pada 4 Jun lalu menerusi survelan AGE yang dilaksanakan secara berterusan.

Katanya, siasatan lanjut adalah berdasarkan tarikh mula gejala yang dilaporkan di antara 2 Jun sehingga 13 Jun lalu mendapati, jumlah notifikasi kes AGE adalah sebanyak 191 kes.

“Sebanyak 154 kes telah menerima rawatan sebagai pesakit luar, manakala 37 orang lagi dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Sebanyak 33 kes telah pun discaj dan hanya empat kes yang masih berada di dalam wad dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini harini.

Dr Asits berkata, aktiviti kawalan yang telah dijalankan termasuk siasatan epidemiologi, siasatan makmal, siasatan persekitaran serta pendidikan kesihatan kepada kes dan orang awam.

Katanya, sehingga kini sebanyak 19 sampel klinikal telah diambil daripada kes-kes yang dimasukkan ke wad Hospital Tenom dan didapati 16 sampel klinikal menunjukkan kehadiran Rotavirus.

“Punca jangkitan yang disyaki berkemungkinan daripada pengambilan air yang tercemar. Sampel persekitaran telah diambil bagi tujuan mengesan punca kejadian.

“Walaubagaimanapun punca sebenar kejadian masih di dalam siasatan. Pihak Jabatan Bekalan Air Sabah juga telah dimaklumkan untuk mengambil tindakan bagi pemantauan pengklorinan air terawat di daerah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Dr Astis berkata, jangkitan Rotavirus merupakan jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak.

Katanya, gejala-gejala jangkitan ini adalah cirit-birit, muntah, dan demam yang boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan atau dehidrasi.

“Sekiranya rawatan lanjut tidak diberikan dengan segera, ianya boleh membawa maut. Rotavirus boleh ditularkan melalui air atau makanan yang tercemar serta kontak secara langsung dari najis ke mulut seseorang  individu.  

“Selain  itu,  ia  juga  boleh  merebak  secara kontak ke mulut melalui tangan, alat permainan atau permukaan tercemar,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Asits berkata, sebagai pencegahan, pihaknya menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan langkah- langkah termasuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan kerap mencuci tangan.

“Selain itu, memasak makanan dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna selain menyimpan makanan pada suhu yang sesuai dan di tempat yang bersih.

“Gunakan air yang selamat dan bersih serta minum air yang telah dimasak dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala cirit-birit,” katanya.

Beliau berkata, JKNS dengan kerjasama PKD Tenom akan terus memantau situasi kejadian kes AGE melalui survelan AGE di semua fasiliti kesihatan di daerah Tenom.

Katanya, JKNS akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Penganugerahan tokoh Maulidur Rasul diharap beri inspirasi kepada masyarakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular